Others

Meh le follow...

Monday, August 15, 2011

Kejujuran itu ialah honestly...

Dimana harga sebuah kejujuran pada masa kini? Integriti tidak lagi diamalkan dalam kehidupan. Natijahnya, kehidupan manusia semakin pincang yang akhirnya akan terus bernanah menjadi penyakit dalam masyarakat.

Cheewahh, ayat tak menahan. Bak kata kawan aku time sekolah dulu, “ayat nak best je.”

Ape itu kejujuran ya murid-murid? Kejujuran itu ialah honestly. Huahua..

Meh aku cerita sebuah kisah tentang kejujuran...

Al-kisahnya masa sekolah rendah dulu aku adalah seorang murid yang sangat pandai. Nombor 1 dalam exam dah jadi mainan aku. Serius weh, aku tak tipu. Ini betul-betul. Bukan cobaan.

Disebabkan aku sibuk nak kejar nombor 1 dalam kelas, makanya aku telah mengabaikan erti sebuah kejujuran.

Masa periksa akhir tahun sekolah agama masa darjah 4, aku dah confident abis aku akan dapat nombor 1 dalam kelas. Semua subjek aku dapat markah yang tinggi-tinggi. Tapi bila dapat balik kertas bahasa Arab, aku dapat markah yang sangat hancus. Padan muka aku. Makanya aku yang sepatutnya dapat nombor 1 terpaksa berpuas hati dan berbangga hanya setakat dapat nombor 5. Sila gelakkan aku ramai-ramai. Kah kah kah.

Kau tau kenapa??? Sebabnya ada satu subjek apa entah, aku bawak toyol. Aku pegi tandas pastu aku tengok nota. Akibatnya, Allah tak redha dengan aku. Makanya, Dia kantoikan bahasa Arab aku untuk bagi pengajaran kat aku. 

“SILALAH JUJUR DALAM MENUNTUT ILMU.”

Dan kesannya, sejak peristiwa ngeri itu, aku dah semakin menghargai apa itu erti kejujuran. Aku dah sangat takut untuk meniru dalam exam. Bukan sebab takut kantoi. Tapi aku takut akan kemurkaan Allah, Tuhan pemilik ilmu tersebut dan aku juga takut jika guru aku tu tak redha dengan ilmu yang dia bagi disebabkan aku meniru.

Aku dah tak pernah lagi bawak toyol nota dalam exam  atau curi-curi tengok nota. Cuma kadang-kadang mata aku nie gatal sangat nak melilau kiri dan kanan dengan harapan aku akan tertengok jawapan kawan-kawan aku secara tak sengaja kononnya. Hah hah. 

Maka, janganlah jadi macam aku masa kecik2 dulu. Contohilah aku yang sekarang. Heh heh..

Jadilah seorang pelajar yang jujur dalam menuntut ilmu. Kerana keberkatan dalam menuntut ilmu itu adalah lebih penting dari result yang cemerlang. Sekian.

Ini gambar lepas abis paper akhir final exam aku kat UiTM Segamat, Johor untuk semestar yang terakhir. Sila ambil perhatian yang depan & belakang aku tu bukan aweks aku ye. Haha..

12 comments:

  1. hehe teringat plak ada member ni masa zmn kuliah, mmg kaki toyol..last2 kantoi..padan muka haha

    ReplyDelete
  2. jujurlah padaku, bila kau tak lagi suka.


    "radja"

    ReplyDelete
  3. aNdi.Hanin:
    Pendek sgt nih.. Busan la.. sekali nafas je dah abis baca.. ;-)

    [sutera kasih]:
    Mmg padan muka.. toyol tu da belot dgn dia.. haha..

    muhamad hanif:
    Uihh, sedap suara.. rasa meremang je bulu roma.. hihi..

    ReplyDelete
  4. mekasih..peringtn utk myhatiku yg sedang menuntut ilmu :)
    thumbsup!

    ReplyDelete
  5. jujur lah dalam semua perkara...

    kalau beljar..mmg kena jujur...baru berkat...heehe

    ReplyDelete
  6. last toyol mse f3, sbab tak hafal hadis,haha

    ReplyDelete
  7. kak bui tak pernah guna 'toyol' ms exam

    jujur kak bui ni..hehehe

    ReplyDelete
  8. Allah maha mengetahui....bguih ler kamu udah sedar..heee..
    sy dulu time skolah cm tu gk..p toilet, toyol mmg dh byk dlm toilet..xyah bawak, sebab yg len tggalkan kt situ..isyk2

    ReplyDelete
  9. betul ke ni bro...atau masih dilema nak pilih yg mana satu?hehe

    ReplyDelete
  10. Belajar bukan untuk peperiksaan. Belajar untuk ilmu. Dapat markah rendah pown tak pe asalkan ilmu tu kita dapat amalkan dan dapat berkat drpd Allah swt.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails