Others

Meh le follow...

Thursday, August 11, 2011

Lagi hadis dan pesanan untuk wanita

Disebabkan entri 19 hADIS nABI mENGENAI wANITA sentiasa hot dan telah menjadi entri popular sepanjang zaman untuk blog ini, maka dengan sukahatinya nak kongsikan lagi kat sini beberapa hadis dan pesanan Rasulullah untuk golongan isteri dan wanita. Jom, kita baca, hayati dan sebarkan.

Perempuan yang berpakaian dan berhias (bukan untuk suaminya dan mahramnya) adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya.

Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinan, cepat pula kehamilan dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

Dikahwini wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung hati suami, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

Ibnu Umar berkata; "Apakah hak suami atas isterinya?" jawab baginda, "tunaikanlah hajatnya, sekalipun engkau berada di atas belakang unta. Jangan berpuasa sunat melainkan diizinkan suami, kalau engkau berpuasa juga maka pahalanya untuk suami dan dosanya untuk isteri. Jangan keluar rumah tanpa izin suami. Jika keluar juga akan dilaknat malaikat Rahmat dan malaikat Azab sehingga dia kembali ke rumah.

Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malam menggembirakan suaminya.

Dari Muaz b.Jabal, bersabda Rasulullah s.a.w; "mana-mana wanita yang berdiri di atas dua kaki membakar roti untuk suaminya, hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka."

Sebaik-baik wanita ialah isteri yang apabila kamu memandangnya ia menggirangkan kamu, jika engkau memerintah dituruti perintahmu, jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

Perempuan tidak berhak keluar rumah melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak)dan ia juga tidak berhak melalui jalan-jalan melainkan ditepi-tepinya.

Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya; "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun." Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang dan beribadah pada malam hari.

Apabila suami memanggil isteri ditempat tidur tetapi ditolak hingga marah suaminya, akan tidurlah wanita dalam laknat malaikat hingga ke pagi.

Wanita yang meminta suaminya menceraikan dia dengan tidak ada sebab yang dibenarkan oleh syara', haram baginya bau syurga. (riwayat Abu Daud at Tirmizi)

Wanita yang mati dalam keadaan suaminya redha dan tidak marah padanya, nescaya ia masuk syurga. (riwayat at Tirmizi)

2 comments:

  1. wahh ! cmtuu ekk . kdg2 bnde2 cmnie kita trlepas pndng kan . thanks sharingg :)

    ReplyDelete
  2. nice info :)
    moga menjadi seperti wanita2 itu..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails