Others

Meh le follow...

Tuesday, October 20, 2015

Luahan hati saudara baru

Semalam aku berborak dgn sorang pak cik India saudara baru. Cerita punya cerita tetiba pak cik ni cakap..
"Kadang2 sy terfikir kenapa Allah tak jadikan sy Islam sejak lahir. Dapatlah sy kahwin dgn perempuan Islam yg boleh ajak sy solat sekali. Sama2 amalkan Islam. Barulah sy semangat. Sy cuma terfikir aje.." Katanya sambil tersenyum sambil aku lihat matanya yg seolah menggambarkan kesayuan.
Pak cik ni dh brkahwin dan anak2 dah besar tpi x seorg pun yg nk ikut dia masuk Islam. Dia sedih dan rasa keseorangan. Mungkin cemburu dgn keluarga Muslim yg anak isteri mereka dh memang Islam. Boleh amalkan Islam sama2 dan masuk syurga sama2. Mgkin dia tringin nk rasa ada kluarga yg mcam tu. Katanya lagi..
"Malam2 sebelum tidur sy selalu cakap dgn Allah. Sy bercerita dan mengadu macam2 dkat Dia smpai sy menangis."
Ya Allah, aku plak yg rasa nk menangis. Aku yg Islam dari lahir ni pn tak prnah stiap malam bercakap dgn Allah sblum tidur smpai mnangis. Betapa pk cik yg baru je setahun masuk Islam ni dpat merasakan kehadiran Tuhan tu dlam hidup dia. Betapa dia boleh jadikan Tuhan tu kawan utk dia mengadu dan brmanja hari2.
Pak cik ni dh boleh rasa nikmat iman sampai macam tu sekali. Kita yg dh lahir2 Islam ni plak anggap Tuhan tu mcam wujud tak wujud je. Bila susah baru nk cari Tuhan. Patut rasa malu pd diri sendiri.
Oh ya, pak cik ni OKU jalan terdengkot2. Tapi sanggup datang kelas belajar agama naik lrt dan bas dri rumahnya yg jauh. Kita ni rancangan agama dlam TV yg x perlu gunakan kaki tu pn x sanggup nk tngok.. Kan???
Sama2 kita belajar dan muhasabah diri blik daripada kisah pak cik ni.. Sejauh mana kita meletakkan Tuhan tu dalam hidup dan hati kita..

Saturday, October 10, 2015

Konsert Sound of Kelantan punya cerita...

Assalamualaikum...
Hari ni tiba-tiba aku rasa nak bercerita. Haha.. Minggu lepas punya cerita. Aku berkesempatan untuk ke konsert Sound of Kelantan. Konsert ini dianjurkan untuk mengumpul dana bagi membina semula rumah-rumah penduduk Kelantan yang terjejas banjir. Serius aku baru tahu rupanya sampai sekarang masalah penempatan akibat banjir di Kelantan masih tak setel-setel lagi. Sampai sekarang masih ada lagi yang tinggal di khemah-khemah, kabin dan tempat-tempat yang tak layak dipanggil rumah.

Tiket VIP tu.. First time pergi konsert-konset cenggini.. Office sponsor.. Heh heh..
Maka pergilah aku pada hari kejadian yang diadakan di Megastar Arena, Jalan Kuchai Lama. Sebuah tempat yang majoriti penduduknya adalah Cina dan memang kawasan Cina pun. Dan konsert ni pun dianjurkan oleh komuniti Cina. Makanya yang datang pun majoritinya orang Cina.

Penglibatan beberapa organisasi Islam dalam konsert ini lebih kepada untuk memenuhi undangan kerjasama komuniti penganjur konsert ini disamping untuk membina hubungan yang baik diantara berlainan kaum dan agama serta menyebarkan mesej-mesej Islam kepada mereka yang bukan beragama Islam supaya salah tanggap terhadap Islam dapat diperbetulkan.

Ada persembahan gendang Cina, persembahan tradisi Hindu dan yang paling membuat hadirin terkesima adalah apabila Mu'adz Dzulkefly membuat persembahan Azan dengan cara yang unik. Semoga hati-hati mereka tersentuh untuk menerima keindahan dan kebaikan Islam sebagai agama rahmah. Dan ada banyak lagilah persembahan.

Kau kenal Mu'adz Dzulkefly? Kalau tak kenal, sila google!
Memang tak dinafikan ada beberapa persembahan yang boleh dikategorikan 'tidak patuh syariah' tetapi kita sedia maklum yang ia dianjurkan oleh orang yang bukan beragama Islam. Kehadiran wakil persembahan daripada organisasi Islam berjaya menyeimbangkan persembahan 'tidak patuh syariah' itu. Yang penting, mesej Islam berjaya disebarkan. Insyaallah..

Persembahan dikir barat ke ulik mayang nih? Aku konpius.. :)
Persembahan gendang Cina.. Dum dam dum dam bunyi dia.
Budak ni jadi peneman aku sepanjang konsert. Asyik duk gurau-gurau dan main cak-cak dengan aku. Hehe.

Sunday, August 30, 2015

AKU, AWEK LIPAS KUDUNG & SI PENGACAU: Bab 2

BAB 2
PETANG itu, di tepi padang sekolah duduk tiga orang remaja sedang berbincang tentang isu yang dianggap penting di kalangan remaja namun sering dianggap remeh oleh orang dewasa. Itulah, orang dewasa selalu tak faham dengan jiwa remaja. Mereka anggap remaja ni lekeh, konon baru nak up, bajet dewasalah. Tapi mereka tak nak faham dan tak nak selami jiwa remaja. Tak nak cuba duduk sekali dan bersembang serta memahami masalah-masalah remaja. Tau nak condem je. Kata remaja selalu buat masalahlah. Remaja selalu terlibat dengan gejala sosiallah. Remaja dikaitkan dengan keruntuhan akhlaklah. Remaja itulah. Remaja inilah. Habis, orang dewasa tu baik sangat ke?
Itu adalah sebahagian daripada isi perbincangan ketiga-tiga remaja ini sebelum masuk ke agenda utama perbincangan mereka pada petang itu iaitu macam mana nak tackle awek lipas kudung bernama Liyana. Perbincangan ini adalah untuk memenuhi aspirasi kawan mereka iaitu Aidil dalam misi beliau mencari sedikit kebahagian dalam kehidupan melalui seseorang yang bergelar gadis. Dan gadis yang bertuah mendapat tempat di hatinya itu pula bernama Liyana.
“So, apa idea korang?” Aidil berwajah serius.
Amran dan Saleh diam memikir. Gaya macam seorang pemikir yang hebat. “Liyana tu bukan macam awek-awek lain. Kita kena plan baik punya.” Saleh bersuara.
“Ye lah, tapi apa plannya? Kau orang ada idea tak?” Aidil bertanya lagi.
“Aku rasa elok kau luahkan terus dekat dia. Senang cerita.” Amran memberikan saranan yang dianggap bernas pada fikirannya.
“Nak luahkan terus? Kalau kena reject macam mana?” Aidil tidak begitu yakin dengan idea Amran.
“Kalau kena reject kira bukan rezeki kaulah! Kot-kot rezeki untuk aku ke.” Dia ketawa sejurus berkata-kata.
Tangan Aidil mendarat serta-merta ke kepala Amran. Mendapat kau! Ini bukan masanya nak main-main! Aku tengah serius ni.
“Woi, main kepala! Bapak aku bayar zakatlah!” Tangan Amran pula yang kini mendarat ke kepala Aidil.
Wajah Aidil beriak bengang. Bengang sebengang-bengannya namun dia tak membalas. Tahu itu salahnya sebab memulakan dahulu.
“Woi, dahlah! Main-main kepala pulak! Kang aku balik kang!” Saleh cuba meleraikan. Bersesuaian dengan namanya iaitu ‘Saleh’. Maka dia cuba berbuat sesuatu yang dianggap ‘soleh’. Iaitu meleraikan pergaduhan. Bukankah itu amalan yang terpuji dan mulia?
Sepasang mata milik Aidil dan Amran tertunak tepat ke wajah Saleh.
“Pandang aku apa hal? Dah, dah! Kita teruskan perbincangan kita. Kata kawan! Mana boleh gaduh-gaduh! Okey, okey, dengar aku punya cadangan pulak! Aku cadangkan kau tulis surat dulu dekat dia. Tak pun kau minta sepupu dia, budak Azlan tu sampaikan. Amacam?”
“Aku setuju!” Amran bersuara kuat.
Great idea. Tapi surat tu nak tulis apa?” Aidil bertanya gaya dia sangatlah innocent dalam hal-hal bercinta ni. Walhal sebelum ni dah lima kali dia bertukar awek sejak dari darjah satu lagi.
“Tulislah apa pun yang kau nak tulis! Tapi aku cadangkan kau jangan bagi tahu kau suka dia terus. Kau tulislah nak minta dia tolong ajar Matematik ke, nak kawan ke. Apa ke.” Saleh memberikan penjelasan.
“Lepas tu, surat tu nak bagi macam mana?
“Lah, itu pun nak kena ajar ke! Kau letaklah bawah meja ke, dalam beg ke. Tak pun bagi dekat Azlan suruh pas dekat dia.”
“Bagi dekat Azlan? Aku rasa cadangan tu tak bagus. Aku rasa macam tak sedap hati. Aku rasa dia orang tu macam ada apa-apa walaupun dia orang tu sepupu.” Amran pula bersuara menyatakan pendapatnya.
Aidil diam memikirkan kata-kata Amran. Saleh turut berfikir. Amran pula tersengih-sengih tatkala dilihat kata-katanya dapat mempengaruhi kedua orang temannya itu. Entah mengapa hatinya rasa panas semacam aje bila nama budak Azlan tu disebut.
“Tak apa. Buat masa ni kau tulis dulu surat macam yang aku suruh. Nanti kau letaklah dekat bawah meja dia ke, dalam beg dia ke. Soal Azlan tu nanti kita siasat sama-sama, betul ke tidak dia ada affair dengan si Liyana tu.”
“Okey. Aku setuju. Otak kau memang geliga Saleh!” Aidil menarik senyum lebar.
“Otak Saleh je? Habis, otak aku ni tak geliga!” Amran tayang wajah tak puas hati.
“Otak kau pun geliga jugak! Sikitlah” Aidil merapatkan hujung ibu jari dengan hujung jari telunjuk. Tiga jari lagi digenggam ke dalam. Bagi menunjukkan isyarat sikit.
“Pergghhh…” Amran masih beriak bengang.
Aidil dan Saleh sekadar ketawa.

Wednesday, August 12, 2015

Novel Bersiri AKU, AWEK LIPAS KUDUNG & SI PENGACAU

Assalamualaikum.. Tetiba aku rasa nak buat novel bersiri dekat blog ni pasal aku  dah tak tahu nak merapu merepak apa dah tanpa arah tujuan yang pasti dekat blog ni. Balik-balik cite pasal kekecewaan sebab blog tak update lah, kekeringan idea lah, kesibukan sepanjang masa lah. Cisss, aku sendiri dah mula bosan dengan apa yang aku tulis.. Huhu.. Maka dengan ini, aku mempersembahkan sebuah hikayat yang diberi nama..

AKU, AWEK LIPAS KUDUNG & SI PENGACAU

Terimalah episod pertama...

BAB 1
GAYA LANGKAHNYA yang ala-ala tomboy namun masih mengekalkan ciri-ciri kewanitaan sempurna begitu memukau pada pandangan mata. Manis wajahnya dengan kulit sawo matang menyerlahkan ciri-ciri wanita Melayu sejati. Ketegasan dan sedikit kegarangannya menyerlahkan lagi imej gadis berprinsip yang pandai menjaga maruah diri dan tidak mudah didekati oleh mana-mana lelaki. Oh, aku sudah jatuh cinta!
“Woi, mengusha awek tak beragak!”
Jerkahan seorang malaun di belakang benar-benar mendatangkan kemarahan. Aidil pantas berpaling sambil mempamerkan wajah Firaun yang sedang menjatuhkan hukuman bunuh. “Lu, memang kacau la! Aku tengah usha baik ni.”
Amran terkekeh-kekeh ketawa. Entah apalah yang menggelikan sangat hatinya itu. Mungkin pada memek muka yang dipamerkan Aidil. Atau mungkin ketika itu dia sengaja terasa ingin ketawa semahu-mahunya. “Oh, kau usha minah lipas kudung tu ke?”
“Apasal kau panggil dia lipas kudung? Dia ada bela lipas ke?” Matanya berlari mencari kelibat awek tadi namun malangnya awek tu dahpun hilang daripada pandangan. Entah berlalu ke arah mana.
Sekali lagi Amran meledakkan tawanya. Entah spesis jenis apalah manusia bernama Amran ni. Cakap sikit, ketawa. Cakap sikit, ketawa. Ketawa je semedang. Adakalanya lebih banyak ketawa daripada bercakap. Kadang-kadang boleh hilang sabar jugaklah berkawan dengan si Amran ni. Si Aidil di hadapan dah mula mengetap gigi menahan sabar. “Dia kan ratu pecut dekat sekolah ni. Itu pasal orang panggil dia awek lipas kudus. Pastu, buat kerja semua nak laju je. Jalan pun nak laju je. Kah, kah!”
“Oooo,” Aidil diam seketika. Seakan memikir. “Wei, kau tolong aku boleh tak?”
“Tolong apa?” Amran tak lagi ketawa. Wajahnya bertukar serius seolah-olah kini sedang berhadapan dengan sesuatu yang amat penting. Mungkin berkait dengan hal-ehwal negara atau berkait dengan urusan antara hidup dengan mati.
“Tolong aku tackle awek lipas kudung tu.”
“Kah, kah, kah…..” Dan tabiat hakiki Amran sekali lagi bermula. Hanya dapat bertahan selama beberapa saat sahaja.
“%$*$^#$#@ lah. Kalau kau ketawa lagi, aku bagi penampor laju-laju dekat muka kau!” Aidil berwajah Hitler pula bagi menunjukkan yang dia tak main-main.
Serta-merta ketawa si Amran brek perlahan-lahan. Mereda namun masih bersisa. Halus-halus kedengaran di hujung-hujungnya. “Okey, okey bro. Aku tolong kau. Tapi bukan ke si Liyana tu dah ada boyfriend?” Buat pertama kalinya nama sebenar awek lipas kudung tu disebut.
“Siapa boyfriend dia?” Aidil dah mula nak buat muka Hitler kembali.
“Tu, si Azlan tu.” Dahi Amran berkerut sedikit tanda dia sendiri tak begitu pasti dengan jawapan yang diberi.
“Azlan tu sepupu dia ajelah.” Aidil memberikan penjelasan. Dia menarik nafas lega kerana nama Azlan yang disebut. Memang dia dah lama tahu akan hubungan rapat Azlan dengan Liyana. Dan dia pun dah sedia maklum yang Azlan dengan Liyana tu rapat sebab mereka berdua tu sepupu.
“Tapi sepupu bukan boleh kahwin apa?” Amran cuba bakar line.
Darah si Aidil menyirap kembali. “Aku akan pastikan benda tu takkan berlaku.”
Amran mengangguk-angguk. “Kita nak guna cara halus ke cara kasar ni?”
Aidil merenung tepat ke wajah Amran. “Apa hal lu punya tanya gaya macam kita nak buat benda jahat je?”
Amran tersengih. “Alah, kita ni memang jahat apa!”
“Yang jahat tu lu. Wa nakal je.” Aidil turut menarik sengih. “Tak apa, kita guna cara baik dulu.”
“Baik boss!” 
Aidil mengangkat kedua-dua keningnya sambil menunjukkan isyarat bagus.
Dan misi mengorat awek lipas kudung pun bermula.

Monday, July 27, 2015

Bila kita sorang-sorang

Bila kita sorang-sorang, apa yang akan kita buat? Dan apa yang akan kita ingat?

Orang kata, bila kita sorang-sorang tulah yang jadi cerminan sikap kita yang sebenar. Biasanya depan orang kita akan bajet-bajet alim, jadi hipokrit antara sedar dengan tidak untuk menunjukkan yang kita baik dan nampak sempurna depan orang ramai.

Tapi bila kita sorang-sorang, kita akan menyerlahkan sikap sebenar diri sendiri. Contoh, kita akan duduk mengangkang atau dengan lain-lain gaya bebas yang bila orang tengok akan buat mereka geleng kepala.

Atau kita akan makan gaya 10 tahun tak jumpa makanan atau macam tak pernah jumpa makanan. Gadis-gadis yang konon makan sikit nak jaga badan dan nak control ayu tu boleh habis 3 pinggan nasi bila makan sorang-sorang. Haha..

Atau akan ada syaitan-syaitan durjana yang akan ajak kita buat benda-benda mungkir yang kita takkan buat bila depan orang ramai. Benda-benda mungkar ni banyak so paham-paham sendirilah ye.

Bila sorang-sorang jugaklah kita biasanya akan layan hobi-hobi luar alam kita yang bila orang lain tahu mungkin akan jadi bahan gelak, ejekan, mahupun umpatan.

Contoh, budak-budak yg nampak alim yang minat anime atau layan fb aweks2, lelaki yang minat baca novel, perempuan ala-ala gadis Melayu terakhir & ustazah pilihan yang layan Linkin Park dan muzik-muzik Metal yang seangkatan dengannya. (Jangan kata tak ada, ada je..). Atau abang-abang Macho yang layan Drama Korea dan K-POP.. Auuu... Haha..

Dan apa yang biasanya kita akan ingat dan akan fikir bila sorang-sorang? 


Aku kata:
Berapa ramai yang ingat Tuhan tatkala bersendiri???

Sunday, June 28, 2015

Tips bagi rajin update blog

Arrrggghhh.. Kadang-kadang aku tidak paham pada diri sendiri. Mengapakah sekarang ni aku susah sangat nak membuat barang secebis ayat untuk membuat entry baru di blog ini walhal dulu kalau boleh sesaat sekali aku akan keluar dengan entry-entry baru. Okey, itu tipu.

Beberapa kali percubaan untuk aku mengupdate blog gagal apabila ia berakhir dengan aku bermenung panjang di depan laptop sambil mengenangkan nasib diri.

Dan kengkawan alam maya yang dulunya rajin menjengok blog aku ni dan mengkomen itu ini akhirnya hilang entah kemana. Maka jadilah aku blogger syok sendiri yang tulis sendiri baca sendiri.

Tolong aku please! Ada tips tak macam mana nak aktif balik berblog ni? Aku suka menulis tapi sekarang aku dah tak tau nak tulis apa…

Eh, sedar tak sedar dah bercebis-cebis gak ayat yang aku tulis ni. Wahhh, adakah ini boleh dipanggil satu kemajuan???


Friday, May 22, 2015

Novel Sampaikan Salamku.. Insyaallah berada di pasaran pada Jun nanti..

Dengan izin-Nya. Alhamdulillah. Karya pertama akan terbit tidak lama lagi. Insyaallah akan berada di pasaran Jun nanti.. 

Cover page novel Sampaikan Salamku terbitan Jemari Seni

Thursday, May 21, 2015

Tika perlu memilih

Adakalanya kita dihimpit perasaan resah tika perlu memilih. Menimbang-nimbang apakah yang terbaik untuk diri. Yang kita pilih tak semestinya menjadi yang terbaik untuk kita. Yang tidak kita ingini tidak semestinya tidak baik untuk kita. Sepertimana Allah menyebut,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Andai itu yang ditetapkan Allah untuk kita, kita perlu redha. Barangkali itulah yang terbaik untuk kita. Hanya Dia yang Maha Mengetahui.


Saturday, April 18, 2015

Comeback lagi sekali...

Assalamualaikum…

Aku rasa macam nak buat kemunculan semula dalam arena blog ni. Tapi persoalannya ada ke yang masih kenal blog aku ni lagi? Ada lagi ke peminat blog ni sewaktu ia agak terkenal suatu ketika dahulu? Tapi bila masa blog aku ni pernah terkenal? Kih kih…

Oh, nampaknya strategi pemasaran dan pengiklan aku tidak berkesan! Kena tukar strategi ni. Mungkin aku perlu membuat iklan di TV di waktu-waktu perdana umpamanya ketika Buletin TV3 misalnya. Cehhh, hang ingat hang tu jual produk jamu terkenal ala-ala produk D’Herbs terlajak laris tu ka? Eh, sejak bila D’Herbs jual jamu?

Atau mungkin aku perlu menukar stail penulisan supaya ia nampak lebih segar dan memenuhi citarasa orang muda masa kini. Oh, aku tidaklah terlalu tua bahkan memang tidak tua.

Atau mungkin aku perlu menjadi artis, ahli politik atau paling kurang chef selebriti untuk menarik perhatian pembaca untuk mengikuti blog aku ini.

Atau… mungkin… aku... perlu sedar hakikat yang aku patut bersara awal daripada dunia blog ni…

Aku kata:
Teruslah menulis walau tidak ada orang yang membaca. Teruslah mengajak orang berbuat kebaikan walaupun tidak ada orang yang mengikutinya. Kerna nilai sesuatu perbuatan itu bukan terletak pada hasil. Tetapi pada usaha dan niat seseorang itu. Sesungguhnya Allah tidak memandang hasil kamu tetapi Dia memandang usaha kamu.

Sunday, March 29, 2015

Beza haiwan dengan manusia



Apa beza haiwan dengan manusia? Kita makan untuk hidup. Haiwan juga makan untuk hidup. Haiwan hidup untuk apa? Dan kita hidup untuk apa?

Kita hidup atas dua tujuan. Menjadi khalifah iaitu pentadbir bumi dan beribadah iaitu mengabdikan diri kepada Tuhan.

Kalau hidup hanya sekadar hidup tanpa ada niat untuk mencapai dua tujuan hidup ini, maka kita sama sahaja dengan haiwan… 

Aku kata:
Manusia mustahil jadi haiwan tapi tak mustahil berperangai haiwan.

Saturday, March 21, 2015

Di saat aku ingin menikah

Dalam ramai-ramai kawan sekolah aku yang buat kenduri kawin baru inilah aku dapat menghadirkan diri disebabkan dah tercampak jauh ke hujung Selangor. Aku dulu sekolah dekat Sepang dan sekarang dah berpindah di Sabak Bernam. Untung-untung ada jugaklah sesat sorang kawan sekolah aku dulu yang kini turut berpindah balik kampung macam aku ni.

Selamat pengantin baru kawan. Aku tumpang gembira dan tumpang ambil berkat sekali datang majlis kau ni mudah-mudahan cepat sikit sampai jodoh aku ni. Haishh, umur dah makin lanjut dah ni wei..


Aku kata:
Nak dapat isteri yang baik, kita kena jadi baik dulu.

Wednesday, February 18, 2015

Baldi tu tak usik orang pun...

Belek-belek laptop. Terjumpa dua keping gambar ni. Yang aku rasa cam bestlah jugak. Gambar yang aku dapat dari facebook. Aku pun tak ingat bila masa aku save gambar ni. Ada la dalam 2 ke 3 tahun lepas. 

The story is pasal budak hostel yang nak pergi mandi. Semestinya budak perempuanlah sebab budak lelaki biasanya jarang nak ambil port benda-benda cenggini. Kisah bermula tatkala tuan punya baldi telah meletakkan baldinya di hadapan bilik shower dengan motif entah apa yang aku sendiri kurang pasti. Maka ia telah mengundang perasaan kurang puas hati oleh pengguna bilik mandi yang lain. Maka, dapatlah beliau akan sebuah nota cinta..


Dan nota itu ditampal di dinding oleh owner baldi beserta sedikit ucapan balas. Yang ini memang lawak. Gaduh-gaduh manja gitu. Biasalah orang perempuan…


Err, kalau ada insan-insan yang masih hidup atau yang telah mati yang ada kaitan dengan peristiwa ni, kalau korang terbaca blog aku ni, minta halal ye gambar dan kisah korang nie.. Sebenarnya aku pun tak tau siapa korang.. Huhu..

Friday, February 13, 2015

Al-Fatiha untuk Tok Guru...


"Umur ialah anugerah Allah SWT kepada kita. Ia hanyalah merupakan bekas yang boleh diisi sama ada dengan pahala atau dosa. Orang yang beriman akan sangat bimbang mengisi bekas umur ini dengan dosa kerana takut kesannya pada hidup. 

Sebagaimana orang kita kalau ingin meracun lalang, dibancuh racun di dalam baldi. Baldi itu sebelum diguna semula untuk tujuan lain akan dibasuh sebersih-bersihnya kerana bimbang kesan buruk racun jika tidak dibersihkan. 

Maka sebagaimana kita basuh baldi yang berisi racun bimbang kesan buruknya, demikian bekas umur kita wajib dibasuh dengan amalan soleh jika pernah diisi dengan dosa..." 

-Petikan kuliah Tok Guru semasa menafsirkan Surah Al-Asr- 
Daripada Facebook Nik Abdul Aziz Nik Mat, 10 Januari 2015.

Al-Fatihah untuk beliau. Seorang pemimpin dan pejuang Islam yang sangat dikagumi kawan mahupun lawan.

Saturday, January 31, 2015

Ijazah tak menjamin pekerjaan… Betul ke?

Masa kecil-kecil dulu aku pernah bercita-cita nak jadi artis. Jadi pelakon ke penyanyi ke. Tapi memandangkan bakat yang tak berapa nak ada maka aku pun terpaksa memadamkan hasrat tersebut. Suara ada tapi sedap sikit je dari suara katak. Rupa ada cuma kurang sikit je daripada Aaron Aziz. Tinggi??? Langsung tak ada. Haha……

Pernah jugak bercita-cita nak menjadi cikgu tapi bila mak aku suruh apply maktab perguruan lepas habis SPM aku pulak yang tak nak sebab masa tu minat nak menjadi cikgu dah langsung tak ada. Kononnya nak try environment baru yang takde kaitan dengan sekolah-sekolah ni.

Dan tanpa pernah aku duga aku ditakdirkan untuk belajar dalam bidang pengurusan perpustakaan dan maklumat masa dekat universiti yang mana aku tak pernah minat langsung dan tak pernah terfikir untuk telibat dalam bidang ni.

Dan kini aku dah pun habis study dan masih belum ada ruang dan tanda-tanda yang aku akan bekerja dalam bidang ni.

Apa yang aku buat sekarang???

Hahaha. Hanya mampu menggelakkan diri sendiri sambil terus menunggu takdir yang terindah untuk diri. Kerjalah apapun asalkan ianya halal dan kita masih boleh menjaga solat. Dua benda tu paling penting untuk keberkatan dalam rezeki yang kita dapat.

Ada orang yang tak kisah bekerja dekat tempat-tempat yang ada jual arak walau hakikatnya sumber pendapatan tersebut haram. Mungkin sebab jahil atau desakan hidup. Wallahua’lam. Tapi selagi boleh, carilah kerja yang terjamin kehalalannya. Banyak je dekat dunia ni.

Biarlah apa orang nak kata. Selagi kita tak merompak bank, tak jual dadah, tak jual diri  itu dah cukup baik kan??? Ambik je peluang-peluang kerja yang ada disamping terus berusaha untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Rezeki tu di tangan Allah. Insyaallah ada bahagiannya untuk kita.


Saturday, January 17, 2015

Tahun itu baru... 2015...

Sesuatu yang baru itu biasanya akan disukai. Baju baru, kereta baru, rumah baru, tahun baru. Patah tumbuh hilang berganti. Lama berganti baru.

Namun sesuatu yang baru itu tak semestinya sentiasa indah dan baik untuk kita. Mungkin yang baru itu ‘musibah’ untuk kita. Yang baru itu bakal menyakitkan kita. Dan mungkin yang baru itu adalah pengakhirannya buat kita. Tapi Tuhan tu tahu apa yang terbaik untuk kita.

Sempena kedatangan tahun 2015 ini, bersedialah menempuh tahun baru dengan azam dan semangat baru.

Azam mahu jadi kaya. Azam mahu kumpul harta. Azam mahu kahwin. Tak salah semua tu. Cuma kena pastikan kita sematkan jua azam untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik. Semoga kehadiran tahun baru menjadikan kita lebih baik dari segi amalan dan ketaqwaan kita berbanding tahun-tahun yang lepas.


Amin…


Related Posts with Thumbnails