Others

Meh le follow...

Sunday, April 11, 2010

PUISI CINTA


Secangkir
cinta bersulamkan rindu,
Bertemankan ayat-ayat cinta menusuk kalbu,
Si teruna sibuk mengejar cinta si dara,
Si dara asyik menagih kasih teruna,
Begitulah fitrah insan,
Syurga cinta sentiasa menjadi buruan.

Cinta,
Sungguh indah untuk dilafaz dan didasari nikmatnya,
Kalimah penuh makna terhimpun segala rahsia,
Mudah sekali mulut insan melafazkan,
“Oh dinda, aku cinta padamu,”
Biarpun lautan api sanggup kurenangi,”
Berikanlah aku secebis cintamu,”

Begitulah manusia,
Sibuk mengejar cinta insan,
Sehingga lupa memburu cinta Tuhan,
Tuhan yang telah memberi nikmat kepada kita,
Tuhan yang telah menjaga dan mengawasi kita,
Tuhan yang telah memberikan nyawa untuk kita hidup di dunia,
Tuhan yang terlebih dahulu mengasihi kita sebagai hambanya,
Layakkah cinta ini kita berikan kepada manusia,
Andai cinta Tuhan kita pinggirkan.

Biarpun cinta pada si dia itu tegar,
Biarlah cinta itu dituluskan niat kerana Allah,
Cinta itu anugerah Tuhan,
Fitrah insan sebagai jalan mendekatinya.

Justeru, dari sibuk mengejar cinta insan,
Bila mati ia akan ditinggalkan,
Bahkan, sering mengecewakan
Jadi, burulah cinta Tuhan,
Cinta Tuhan berbalas pasti,
Bahagia menanti kekal abadi.

Hasil Nukilan: Diri sendiri..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails