Others

Meh le follow...

Thursday, December 27, 2012

Jasa warga Indonesia yang kita tak nampak

Hari ini aku pulang semula ke kampus terpaksa cinta setelah bercuti selama 3 hari lamanya.. Sewaktu di bus stop PKNS Shah Alam tatkala menunggu bas Rapid KL U605 yang tak kunjung tiba, kelihatan begitu ramai kelibat gadis-gadis Indon dan sekelumit mak cik-mak cik dan abang-abang Indon di situ. 

Pergghh, aku dah rasa macam dekat Jakarta tatkala dikelilingi mereka. Serius betul-betul punya keliling. Kiri kanan depan aku semuanya geng-geng Kriss Dayanti. Hal ini telah membuatkan aku berasa begitu janggal sekali dan terasa seperti ingin segera pulang ke tanah air ku yang tercinta. Ehhh.. ;-)

Ketika bas Rapid KL U80 melabuhkan tayarnya. Maka lenganglah bus stop tersebut kerana kebanyakan warga Indonesia tersebut berpusu-pusu menaiki bas tersebut yang menuju ke KL. Dan aku mula kembali bernafas dan tersedar kembali bahawa aku rupa-rupanya berada di Malaysia. Hoho..

Gambar tak menutup aurat terpaksa di'censor' untuk mengelakkan saham dosa di akhirat. Harap maklum!
Ini bukannya entry berunsurkan perkauman.. Motif aku cerita ni sebenarnya nak bagitahu betapa besarnya jasa warga Indonesia yang bekerja di negara ini. Secara tak langsung mereka turut menjana pendapatan ekonomi negara. Buktinya, kira-kira 80% yang berada dalam bas U80 tadi adalah warga Indonesia. 

Bayangkan dengan kehadiran mereka telah memberikan keuntungan yang besar kepada Rapid KL. Tambang sehala pergi KL dalam RM 3.00. Pastu darab dengan kira-kira 20 orang.. sama dengan RM 60.00. Itu baru satu bas. Kalau campur dengan bas-bas lain, campur hari lain, bulan-bulan lain.. Pergghhhh.. Aku malas nak kira..

Lagi satu yang aku rasa, aku rasalah kan.. kalau tak de warga Indonesia dan warga asing yang lain, confirm takkan terbinanya banyak bangunan-bangunan yang besar kat Malaysia ini. Kebanyakan yang jadi buruh binaan semuanya warga asing. Kalau ada orang tempatan pun sikit la.. 

Kalau rakyat Malaysia boleh kata "Saya bangga sebab Malaysia ada KLCC." Tapi orang Indon boleh kata macam ni pulak. "Patutnya aku yang harus lebih berbangga kerna KLCC itu aku dan orang-orang aku yang bina, bukannya orang-orang kamu."

So, siapa yang patut lebih berbangga???? Errkkkk....

Pssstt: Aku paling benci kalau ada orang kutuk-kutuk orang Indon cakap macam2 tanpa ada sebab yang munasabah. Dan aku benci gak kalau orang Indon duk kutuk-kutuk orang Malaysia. Bagi aku, kita serumpun, asal dari keturunan yang sama. So, kenapa perlu nak gaduh2... Kalau tak nak bersatu atas nama serumpun pun, bersatulah atas nama seagama dan seakidah.. :-)

Sunday, December 23, 2012

Oittt.. Tak kiamat lagi la....

Assalamualaikum... Akhirnya boleh bernafas kembali setelah sesi kuliah berakhir pada Jumaat lepas. Aku tak tau nak tulis apa. Dengan ini aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013. Tak kiamat lagi la weh!!! Syukur, Allah masih panjangkan umur dunia & umur kita semua.. Moga baki usia yang ada ini dimanfaatkan dengan perkara-perkara yang baik. Sekian!


Friday, November 2, 2012

Aku mimpi kawin

Hai.. Errr, ada orang ke? Huhu.. Semalam aku mimpi, aku akan dinikahkan.. Jodoh pilihan orang tua.. Aku tak kenal pun siapa dia.. Aku nak tengok muka, tapi mak tak bagi.. Yang aku musykil, aku nampak ada 2 orang gadis (pandangan dari belakang & tak nampak muka) yang berbaju pengantin.. Apakah petandanya itu? Takkan sekali 2 kot.. Errrr..
 
Seingat aku, ini la first time ak mimpi macam nih.. Wah, petanda besarkah ini? Mungkin ia dipengaruhi oleh perasaan yang meluap-luap untuk hidup berkeluarga sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.. Gua dah 22 tahun beb.. Dah boleh start nak usha-usha calon.. ;-P

Ada orang nak cari yang sempurna sebagai pasangan hidup.. Aku pun sama.. Kalau boleh nak yang cantik, solehah, kaya, pandai masak, pandai ambik hati... semualah.. Wah, test tinggi tu.. Huahua..
 
Tapi kena terima hakikat bahawa jodoh, ajal dan maut di tangan Tuhan.. Aku cuma mampu berdoa semoga diberikan jodoh seperti ciri-ciri yang aku nak.. Errrmm.. sebenarnya malu nak tulis entry pasal nih.. Huhu..
 

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.. Soalannnya sekarang, baik ke kita???? Layak ke nak dapatkan pasangan yang baik???? So, apa yang kita boleh buat sekarang, sama-samalah kita berubah menjadi lebih baik.. Tapi kena betulkan niat lillahitaala.. bukan sebab nak dapatkan isteri yang baik dan solehah semata-mata... :-)

Wahhh, sweet kan!
Sape nak kawin dengan aku nanti, kena pakai purdah macam ni.. Ada berani???

Tuesday, September 25, 2012

Semangat yang hilang...

Assalamualaikum.. Salam sejahtera, salam 1 Malaysia.. janji ditepati... Hehhh.. 

Semangat itu adalah sesuatu yg tidak boleh dijangka. Bila waktu bersemangat, maka kita akan betul-betul bersemangat. Dan bila tiba pula waktu tidak bersemangat, maka hilanglah semangat itu. Huhhhh, apakah? Aku sudah kehilangan kemahiran membuat ayat.. 

Inilah kesan bila dah lama tak mengupdate blog. Impaknya, maka lahirlah ayat-ayat budak tadika yang sangat pening apabila membacanya..

Sesungguhnya blog bukanlah menjadi keutamaan lagi buat aku untuk masa ini. Meskipun ada juga follower yang meminta untuk aku mengupdate blog, tetapi semangat itu tidak juga timbul-timbul. Ohh alahai, kau tahu tak betapa aku seakan sudah kehilangan idea laksana seorang wanita yang tumpah darah kerana bersalin. Erkk, mengapakah perumpamaan ini seakan tidak kena?

Aku sekarang masih lagi baru memasuki semester yang baru. Namun, bebanan assigment sudah mula datang bertimpa-timpa sehingga membuatkan otak aku menjadi tidak berapa nak stabil. Justeru, aku perlu pandai membahagikan masa serta tidak terlalu membuang masa..

Ohh, rasanya cukup setakat itu dahulu. Aku mahu menenangkan diri. Rasa-rasa kalau rindu dengan entry terbaru aku, maka silalah menyelongkar entry-entry aku yang terdahulu.. Ada ke yang rindu? Hoho.. K bay... Salam 1 Malaysia, janji ditepati.. erkkkkk.. ;-P

Kaitan apekah slogan ini dengan entry aku??? 

Sunday, August 5, 2012

Pengalaman berniaga di bazar Ramadhan

Bila pandang je bazar Ramadhan, ada kenangan yang aku tak boleh lupa. Aku pernah tolong jiran aku berniaga kat bazar Ramadhan Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang selama 3 tahun berturut-turut. Tahun yang pertama adalah masa tahun 2000. Time tu baru darjah 4.

Mula-mula aku memang tak nak. Tapi disebabkan pujukan mak aku dan harapan yang menggunung tinggi oleh jiran aku tu untuk membantunya. Maka aku pun merelakan diri. Kebetulan, mak aku pun ada tumpang kuih kat dia.

Aku ingat lagi, seminggu pertama aku sangatlah malu-malu. Bila ada orang datang je, aku menyorok bawah meja. Pastu bila tak de orang, barulah aku berani menonjolkan diri. Sebijik cam kura-kura main sembunyi-sembunyi kepala. Haha.

Kura-kura dalam perahu, tak payah la nak malu-malu...
Dalam minggu ke-2 berniaga macam tu, malu aku dah hilang sikit-sikit. Aku dah berani nak tayangkan muka depan customer. Aku dah tak malu nak bagi plastik dan tolong ambikkan kuih masuk dalam plastik. Jiran aku tu selalu gak la train aku jerit “Kuih! Kuih!”. Minggu pertama tu memang tak berbunyi la. Minggu kedua macam tu aku dah start berani jerit “Kuih! Kuih!”. Tapi jeritan aku tu hanya bergema dalam hati je la. Haha. Malu beb!!!

Dan minggu-minggu yang seterusnya aku dah mula menunjukkan kemajuan yang amat membanggakan. Aku dah menjadi semakin agresif. Dah tak de malu-malu lagi. Cuma peel aku time tu, bila nampak orang yang aku kenal, mula la aku seboleh-bolehnya nak sorokkan muka. Entah apa punya malu pun aku tak tahu la… Huhu..

Itu cerita tahun yang pertama…. Tapi, untuk the next bazar Ramadhan tahun berikutnya, aku dah jadi seorang peniaga bazar Ramdhan yang sejati. Aku dah tak malu-malu dah. Setakat layan pelanggan, kira harga, pulangkan baki semua tu apa de hal. Aku siap cakap “Terima kasih.. Jual ye!” dekat customer yang datang. Kemain peramah lagi aku. Hoho..

Aku rasa seperti ingin berbaring di atas kuih-muih ini...
Cuma sampai sekarang, aku masih tak ada kekuatan lagi untuk menjerit “Kuih! Kuih!” sebab aku rasa perbuatan itu sangatlah pelik laksana aku sedang menjual ikan di pasar. Lagipun prinsip aku, 'Kalau kau rasa nak beli kuih, kau datanglah! Aku terpekik terlolong pun, kalau kau memang tak nak beli kuih, kau memang tak akan datang pun kan!!!' Hoho...

Last aku berniaga dekat bazar masa tahun 2002. Time tu darjah 6. Lepas tu aku dah tak tolong lagi jiran aku berniaga sebab waktu bulan Ramadhan aku dekat asrama. Dah masuk sekolah menengah la katakan.

Oh ye, upah aku untuk tahun yang pertama sehari RM 4.00 . Tahun seterusnya upgrade sikit sehari RM 7.00 .Wow.. Banyak gak tu.. Kaye beb! Kayeee... Sekian sahaja cerita aku untuk kali ini. Moral of the story, malu tu biarlah bertempat sikit. Huahua.. K bay… 

Motif letak gambar duit besar-besar???

Thursday, July 26, 2012

Perbezaan dompet lelaki dan perempuan

Yeahhh.. Kali ini aku mahu update blog yang betol-betol update punya. Actually, entry ni dah lama aku nak buat, tapi disebabkan tahap kemalasan yang mengganas, entry ni tertangguh sejak sekian lama.. 

Ok, sekarang aku nak tunjukkan perbezaan dompet seorang budak perempuan berumur 14 tahun yang tak berapa nak matang (adik aku) dengan dompet seorang jejaka separa ensem berusia 22 tahun yang bajet matang.. Aku la tu. Haha..

Kau tengok betol-betol..! Segala jadah kad dia letak kat dompet dia. Bahkan kad keretapi dan kad phone zaman bila tah pun ada. Buat menghiasai dompet yang kekosongan kononnya. Hah hah.. Asalkan namanya kad, semuanya dia sumbat. Yang tak boleh belah dompet Manchaster United tu.. Huahua..
Duit???? Singgit je kau ade dik??? Adehhh.. malu aku jadi abang kau.. Hoho..

Now, kau bandingkan pulak dengan apa yang ada kat dalam dompet aku nih.. Ini betul-betul punya isi. Bukan penipuan yang sekadar untuk mengaburi mata korang semua... Siyes nih!

Tengoklah sendiri apa yang ada. Malas nak komen...

Duit... Err.. ada la sikit.. Hoho..
Entri sekadar senda-gurau je. Nasib baik la adik aku tak tau pasal kewujudan blog aku nih.. Itu yang aku berani kutuk dia kat sini. Haha.. Kutuk adik-beradik sendiri tak pe, jangan kutuk adik-beradik orang lain.. Errr, boleh ke? Huhu.. Moral of the entry.. ISI DOMPET ANDA MENGGAMBARKAN SIAPA ANDA SEBENARNYA... Sekian..;-)

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan..

Yeahhhhh... Hanya itu sahaja yang mampu aku coretkan...

Gua puasa, jadi gua tak dak idea..

Sekian.....................................................

Ngeh ngeh...

Monday, July 9, 2012

Mana pergi wehhhh????

Lama dah rasa tak update blog. Sejak beberapa bulan kebelakangan nie sangat bust dengan macam-macam assignment, test, presentation dan lain-lain hal lagi. Padahal hari-hari jugak aku online cuma malas je nak update blog. Wohho..

Aku tak tau nak cerita apa. Sungguh aku merasa sangat pelik dan janggal mengupdate blog seolah-olah baru membuat blog gayanya. Aku sebenarnya nak tunjuk bukti yang aku memang betol-betol busy. Nah bukti kat bawah nie. 
See? Salah satu aktiviti ke'busy'an aku. Tong sampah pun boleh jadi meja mentaruk laptop. Geliga tak kami? Hoho..

Ini laluan bilik-bilik lecture sebenarnya. Selamba badak je kitorang jadikan port lepak buat assignment. Terpaksa beb. Nak pakai internet punya pasal.. Cuti hari Ahad time nie.. 

Babay. Abis dah cerita.... :-)

Saturday, June 23, 2012

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia hanya Allah yang tahu


Kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia hanya Allah yang tahu. Walaupun aku tidaklah bernama Hang Tuah, tetapi minggu ni aku telah dilanda tuah selama dua malam berturut-turut.

Ada satu malam tu, aku pergi la ke dining@tempat makan di kampus aku, untuk membeli makanan. Aku meng’order’ nasi goreng ayam. Setelah nasi goreng yang di’order’ oleh aku itu siap dimasak, maka aku pun ke kaunter bayaran untuk membuat bayaran. Maka terjadilah dialog ini..

Penjaga kaunter bayaran, “Tadi minta nasi lebih kan?”

Aku, “Eh, tak lah.”

Penjaga kaunter bayaran, “Oh, orang lain lah ni ye.”

Aku hanya mampu tersenyum sambil membayar harga nasi tersebut.

Balik ke hostel, aku pun membukaklah bungkusan nasi itu. Alangkah terkejut monyetnya aku tatkala mendapati nasi itu sangatlah banyak. Macam untuk makan dua orang. Erm, memang sahlah orang kedai tu tersilap.

Maka aku pun mempelawa roommate untuk makan sekali tetapi beliau tidak hingin. Maka terpaksalah aku menghabiskan makanan yang banyak itu sorang-sorang. Dan beberapa minit kemudian, aku pun pengsan laksana ular yang melingkar akibat kekenyangan.
Ini adalah contoh nasi goreng ayam. Nampak sedap untuk dimakan
Malam esoknya pulak aku ke kedai makan luar kampus aku selepas selesai discussion dengan group assignment aku. Aku order bihun goreng ngan telur dadar. Member aku pulak order kuetiaw hongkong (ketiaw yg balut dgn telur dadar+kuah  tu). Kitorang suruh bungkus plastik asing-asing. Dalam plastik aku ada 2 polistrin. Aku bukaklah salah satu polistin, ada isi telur dadar.

Aku pun balik rumah aku, dan member aku tu pun balik rumah dia. Sampai rumah, aku bukak dua-dua polistrin. Satu isi bihun+telur dadar saiz kecik. Satu lagi polistin isi telur dadar saiz agak besar macam yang aku tengok tadi.

Aku time tu dah happy kemain. Ini mesti silap ni. Orang kedai tu terbagi aku dua telur dadar. Ada aneka saiz lagi tu. Bila aku kais telur dadar yang saiz besar tu dengan sudu. Tetiba aku rasa macam ada sesuatu kat dalam dia. Aku kais lagi, memang sah ada sesuatu. Sesuatu itu adalah kuetiaw. Atau dengan bahasa tepatnya adalah kuetiaw hongkong.

Rupa-rupanya member aku tu just dapat kuah dia je. Ingatkan memula tadi kuetiaw tu memang dah dimasukkan sekali dalam kuah tu.

Kau boleh bayangkan tak macam mana perasaan member aku tu? Aku call dia bagitau nak pulangkan, tapi dia kata tak payah sebab dia dah makan pun kuah tu. Aku duk gelak-gelak je. Member aku kata dia siap nangis lagi sebab dapat kuah je. Haha.. Rezeki beb. Walaupun tak de kuah, tapi bila kuetiaw yang bersalut dengan telur dadar tu dimakan dengan sos pun sedap jugak.. Erm.. Alhamdulillah..
Yang belah kanan tu la kuetiaw Hongkong. Saling tak tumpah wajahnya seperti telur dadar. 


Firman Allah s.w.t.yang bermaksud :
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.”
(Surah At-Talaq ayat 2-3)

Thursday, May 17, 2012

Panas!!! Sistem pilihanraya yang baru!!! Semuanya kerana tuntutan BERSIH...


PILIHANRAYA!!! Atau dalam bahasa Mak Jemah di kampung, NGUNDI... Entah bilalah Parlimen nak bubar. Aku dah sawan nie nak pergi ngundi... Hari-hari duk main pangkah-pangkah kalender sebagai persediaan dan latihan untuk memangkah time pilihanraya nanti.

Malam tadi aku mimpi pelik pasal pilihanraya yang Dato’ Najib pun takkan mampu untuk bermimpi macam aku. Siyes aku rasa aku adalah insan yang terpilih kerana mampu untuk bermimpi perkara pelik itu.

Tarikh pilihanrayakah yang aku mimpi itu? Oh, tidak! Tidaklah aku membela jin mahupun saka yang boleh memberitahu aku akan tarikh pilihanraya yang sebenar.

Sebenarnya malam tadi bermimpilah aku akan pilihanraya yang dah tiba. Cuma yang peliknya kali ni pegawai SPR datang rumah macam pegawai banci tu. So, kita boleh terus ngundi dari rumah. Canggih bukan??? Huahua..

Pastu bila sampai turn aku nak ngundi, beliau pun cek la nama aku & terbukti nama aku ada dalam senarai mengundi. Tanpa banyak bertanya dan tanpa sempat aku bertanya, pegawai SPR tu terus je pangkah kat kertas undi tu tanpa sempat aku memangkahnya. Apa ke jadahnya semua ini?



Aku yang terpinga-pinga kala itu hanya mampu memandang beliau dengan seribu tanda tanya. Selepas memangkah kertas undi tersebut tanpa rasa bersalah, maka beliau pun membelahkan diri namun aku sempat berkata pada beliau,

“Eh, encik. Saya tak tengok lagi pun kertas undi tu. Kenapa encik dah pangkah dulu tak tanya saya? Encik nak kemana tu? Nanti datang sini balik tau!”

“Iye. Nanti saya datang balik. Saya nak pergi sekejap je nie.”

Aku pun merelakanlah pemergiannya dengan seribu persoalan yang bermain di minda. Lepas tu dia memang tak datang balik la. Giler tak puas hati aku. Adakah ini sistem baru pilihanraya? SPR mewujudkan sistem yang mesra pengundi dan begitu memudahkan rakyat. Pegawai SPR datang kerumah pastu siap tolong pangkah lagi parti mengikut sukahati mereka. Hehhh!!!

Aku yang kebingungan akibat diperkotak-katikkan pegawai SPR sedemikan rupa nie pun pastu pergilah membuat sedikit research dengan bertanyakan member-member yang lain termasuklah jiran sebelah menyebelah. Mereka pun kata benda yang serupa. Pegawai SPR yang datang tu selamba badak je tolong pangkahkan kertas undi mereka pastu belah cepat-cepat.



Adakah ini strategi ‘puak’ yang tu untuk memenangi pilihanraya pada kali ini. Ia nampak begitu bodoh sekali dan tak boleh diterima akal. Hatta Darwin pun takkan mengiktiraf teori ini. Confirm nanti mak cik AMBIGA akan mengamuk abis dan mengarahkan bala tenteranya berhimpun untuk BERSIH 4.0 bahkan mungkin BERSIH 5.0

Walaupun cara yang digunakan untuk menang agak tak bersih, tapi yang aku ingat 1 negeri dah tumbang waktu tu iaitu negeri Pahang. Tambah lagi dengan 5 negeri yg dah sedia tumbang masa PRU 2004 dulu. Hahaha. Giler suka aku. Padan muka! Menipu lagi. Kau ingat dengan kau tolong pangkahkan kertas undi tu, kau boleh menang! Kuasa Allah mengatasi segala-galanya la bebbbbb!!!!

Wehhh, ini mimpi je lah. Kau jangan nak ambik serius sangat lah. Aku pun pelik kenapakah mimpi yang sebegini indah boleh masuk dalam tidur aku. Kalau mimpi sape yang menang pilihanraya nanti best la jugak!!! Hahahaha.. K, bay, aku nak tidur dulu, mana tau kali nie dapat mimpi tarikh pilihanraya pulak! Boleh la beli tiket bas balik ngundi awal-awal.... Huahuahua....

Friday, May 4, 2012

Titiskanlah air matamu itu...

Bilakah agaknya kali terakhir kita menangisi akan dosa-dosa & kejahilan diri? Atau tidak pernah sama sekali...?

Menangislah! Titiskan air matamu itu kerana Tuhan. Kerana air mata itu boleh saja menjadi saksi penyesalan & bukti yang engkau benar-benar takut kepada Tuhanmu...

Mereka yang tidak pernah menangis kerana Tuhan adalah mereka yang keras hatinya dan jauh dari Tuhan...



Monday, April 30, 2012

Sahabat ke syurga...

Assalamualaikum. Lama tak update. Tak tau mau cerita apa. Hidup ini tak ada apa yang best pun yang ingin diceritakan. Sekadar pusing-pusing kat kampus, rumah, bilik, sekali-sekala ada la pergi bersiar-siar.
Dulu aku selalu berdoa supaya Allah dekatkan aku dengan kawan-kawan yang baik dan soleh. Kawan-kawan yang bila aku pandang je wajah mereka, secara automatik aku akan teringat pada Tuhan.
Bunyi macam gempak kan????
Tapi itulah sebenarnya hakikat bersahabat. Setakat nak cari kawan huha-huha & enjoy-enjoy tu memang ramai. Tapi nak cari kawan yang sentiasa ingatkan kita dengan Tuhan tu payah sikit la. Bukannya tak ada. Ada.. Bahkan ramai mereka-mereka yang macam ni. Cuma kita kena la selalu doa moga Allah pertemukan kita dengan mereka.


Aku dah rasa berkawan dengan dua-dua golongan ni. Aku berkawan dengan kawan-kawan yang tak solat, hidup sekadar nak enjoy-enjoy & jauh sekali nak cerita pasal Tuhan dan akhirat. Aku rasa gumbira dan happy. Tapi jiwa aku rasa kosong. Aku rasa berdosa sangat sebab tak mampu nak tegur mereka untuk bersolat dan ajak mereka untuk dekat pada Tuhan.
Tapi bila aku berkawan dengan kawan-kawan yang baik dan boleh dikategorikan agak soleh ni, aku rasa lebih tenang. Perasaan happy dan gembira aku semakin menjadi-jadi. Lebih gembira daripada berkawan dengan golongan yang aku sebut kat atas tadi. Sebabnya adalah kerana bila aku kawan dengan mereka, aku sentiasa rasa dekat dengan Tuhan.
Berkawanlah dengan mana-mana kawan sekalipun. Tak salah pun. Cuma selagi kita tak nak cuba berkawan dengan kawan-kawan yang baik dan soleh, selagi itulah hidup kita akan sentiasa leka dengan dunia.


Mereka yang baik-baik nie sebenarnya banyak disekeliling kita. Cuma mungkin Allah belum lagi mempertemukan kita dengan mereka sebab kita sendiri yang tak cuba cari dan tak nak buka hati kita untuk berkawan dengan mereka.

Sunday, April 15, 2012

Lagu tema drama Vanilla Coklat adalah lagu ketuhanan...

Assalamualaikum... Baru-baru ni, aku baru wat satu program dengan kelab aku kat UiTM Puncak Perdana. Program ni kitorang bagi nama "Malam Vanilla Coklat'. Saje bagi nama gempak sikit untuk tarik orang datang. Masa nak cari bahan untuk program nie, tetiba aku terjumpa video lagu tema drama Vanilla Coklat tu.

Rupa-rupanya lagu tu adalah lagu keTuhanan. Serius aku tak tau. Dan aku rasa maybe antara korang pun mesti ada yang tak tau jugak kan.. Tak caya, meh tengok video bawah nie..


Penerang Hati – 6ixth Sense feat Saujana
Mencinta Mu tenangkan jiwaku
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku

Tak akan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Jangan pernah kau menjauh

Erm, rasa macam tak sesuai lagu mengenai cinta seorang hamba kepada Tuhannya ini disalah gunakan sebagai lagu tema untuk drama tentang cinta sesama manusia tu..

Sunday, April 1, 2012

Tajuk berita surat khabar yang pelik

Aku rasa cam nak gelak bila tengok tajuk berita ni.. Perlu ke mention 'PENGANGGUR KACAK' tu??? Kacak sangat ke penganggur tu? Kacak macam mana? Ada macam Robert Pattinson ke? Tak pun macam Aaron Aziz? kikiki...

Mesti wartawan yang tulis berita ni dah admire gila kat penganggur tu.. Hehe.. Mungkin lepas ni akan keluar pulak berita dengan tajuk "PEROGOL TAK KACAK AKHIRNYA DITANGKAP POLIS"...

Kacak dan cantik tu sesuatu yang subjektif. Cuma tajuk berita ni buat aku tertanya-tanya macam mana agaknya ye rupa penganggur yang kacak sangat tu...

Tuesday, March 27, 2012

Main panjat-panjat bukit...

Aku ni bukanlah jenis yang suka aktiviti riadah nie. Tapi pada suatu hari tu tanpa diduga aku telah berjaya mendaki bukit-bukit di sekeliling kampus aku kat UiTM Puncak Perdana, Shah Alam. Aku pun tak pernah sangka yang bukit-bukit tu boleh dipanjat. 

Lepas solat Subuh, aku dengan beberapa member pergi la panjat bukit-bukit tersebut. Ingatkan rendah je, tapi tinggi jugak wooo.. Semput aku dibuatnya. Tapi bila dah sampai kat puncak, memang best la. Pemandangannya memang menakjubkan. Lebih-lebih lagi waktu pagi time matahari baru nak terbit. Aku dah rasa macam kat Cameron Hingland je.. Subhanallah. Memang cantik...
Turun je bukit tu kitorang terus jumpa tasik yang besar gak la..  Pusing-pusing sekejap dekat tasik tu lepas tu terus pergi sarapan. Abis dah cerita aku.... Sekian... 
Pemandangan kampus UiTM Puncak Perdana dari atas bukit...
 
Tinggi tak???

Member-member aku... 

Beliau ni yang paling excited sekali mendaki. Pro lah katakan. Dah hampir 10 kali daki bukit-bukit nie. 
Kolam kecil yang cantik. Memula tu air dia jernih je.. sekali masukkan kaki, habis berkeruh... 

Cantik kan? kan? kan?...

Time ni tersalah laluan, tak boleh nak turun. Gila kau, boleh mati tu kalau tersilap langkah. Tinggi kot. Last sekali patah balik ikut laluan yang rendah sikit...

Tasik yang cantik dekat kaki bukit... 

Dengan memerhatikan alam, akan terlihat tanda-tanda kekuasaan Allah. Lihatlah alam! Kagumi, hayati dan pujilah kehebatan Tuhan. Subhanallah...

Wednesday, March 21, 2012

Thursday, March 15, 2012

Filem 7 Petala Cinta... Dakwah atau keuntungan semata-mata???


Sekarang ni kat panggung tengah menayangkan cerita 7 Petala Cinta yang merupakan sebuah filem cinta berbentuk Islamik yang diarahkan oleh Azahari Zain dan diterbitkan oleh Metrowealth...

Apa yang menarik dan mungkin menjadi tanda tanya ialah filem ni diterbitkan oleh David Teo yang kita ketahui bukanlah beragama Islam. Sesuatu di situ.. Seorang yang bukan beragama Islam menerbitkan filem yang berunsurkan Islam. Adakah ia hanya sekadar ingin mengaut keuntungan atas nama Islam semata-mata atau beliau sememangnya amat tertarik dengan keindahan Islam dan cuba untuk mengetengahkan keindahannya? Sama-samalah kita bersangka baik ye...

Berbeza dengan filem Ketika Cinta Bertasbih yang ditulis oleh Habiburrahman el-Shirazy yang kita ketahui adalah graduan lulusan Al-Azhar yang sememangnya merupakan orang yang benar-benar faham tentang Islam. Justeru terhasillah novel dan filem yang begitu memberi kesan dan menjadi fenomena suatu ketika dulu. Menonton filem tersebut mampu menginsafkan dan terasa seperti ingin menjadi seperti watak-watak di dalamnya. Syariat dan pergaulan antara lelaki dan perempuan di dalam filem ini pun begitu terjaga.

Filem ini hampir menyamai filem Syahadat Cinta dari Indonesia. Tak serupa tapi hampir-hampir sama. Mungkin persamaan tidak disengajakan. Apapun, pujaan harus diberikan di atas usaha penerbitan filem-filem Islamik seperti ini. Mungkin pada awalnya dapat dilihat kepincangan disana-sini terutama dari aspek syariat dan penutupan aurat yang tidak begitu sempurna oleh para pelakonnya. 

Namun, ia boleh diperbaiki tetapi perlulah ada penglibatan orang yang benar-benar faham tentang Islam supaya ia tidak sekadar menjadi filem yang hanya menggunakan title 'Islam' untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Err, aku sebenarnya belum tengok lagi pun cerita ni.. Just tengok trailer dia aje.. Tapi aku rasa macam menarik. Sesiapa yang dah tengok tu boleh la komen.. Jom kita sokong filem-filem seperti ini daripada filem-filem yang mengarut dan tah apa-apa tu...

Saturday, March 10, 2012

Follower ke-1000

Rasa cam dah lama tak buat entri review mengreview blog nih... Makanya bersempena dengan follower aku yang dah mencecah 1000, aku nak review la blog-blog yang bertuah...
First, meh kita terjah follower ke-1000 blog aku nih iaitu Blog Miss Hidden. Pemilik blog nih suka share tips-tips yang best. Meh le terjah..
Kalau tengok kat atas tu mungkin kau akan nampak yang Miss Hidden ni bukanlah follower ke-1000 blog aku. Tapi yang sebenarnya beliaulah follower ke-1000 blog nih. Disebabkan ada seorang follower yang telah mengunfollow blog nih, maka terjadilah hal yang demikian. Huhu...
Follower yang ke-1001 pulak adalah Blog afiq yassin... Blog beliau ni sungguhlah smart.. Rasa tenang je bila masuk blog beliau..
Alang-alang aku nak review gak blog yang ke-1002 iaitu Blog Zamani84.. Aku suka giler dekat banner yang ada gambar beliau tu. Ada stail la bro.. Unikkk... Blog nih ada banyak entri yang best-best. Siyes..
Orait.. untuk the next blog review, tunggulah bila sampai follower yang ke-2000 nanti.. Huahaha..
Related Posts with Thumbnails