Others

Meh le follow...

Friday, December 23, 2011

Entri lawak jenaka penghilang stress dikala duka lara


Tajuk entry aku kali nie agak kelam-kabut sikit bunyi dia. Hal ini disebabkan aku telah menjadi sasau kerana busy membuat assignment selama satu minggu nie tanpa henti-henti. Kau bayangkan, aku terpaksa menghadapi 6 assigment yang perlu dihantar serentak pada minggu nie, 2 test, dan 1 presentation.
Akibatnya, aku telah berjaga siang dan malam untuk membuat assignment sambil menangis terbahak-bahak. Aku tidaklah membuat kerja last minit, tapi masalahnya time last minitlah idea mencurah-curah jatuh ke ladang gandum...
Dan hari ini, segala-galanya dah settle. Aku boleh bernafas dengan lega sambil menari poco-poco. Jadi, aku nak share satu cerita yang best yang boleh membuatkan kau ketawa mendayu-dayu...
Sila-sila baca. Jangan malu-malu.....   
****************
  Comel sungguh gambar ini.... ;-)

Pengakuan daripada seorang hamba Allah :
Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran, iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.
Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..
Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. aku pun telefon bini aku dan kata aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar aku pun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. aku pun makan nasi dengan telur rebus.. lepas tu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. 
Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba jekat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk ke rumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan.

Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya.
Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur ntah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT...!!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. 
Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTTTTTTT....!!!!!!!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang..  
Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK..!!!
Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah aku pun ada..! jadi aku pun nak cover malu, aku tanya la kat pak mertua aku.. 'dah lama ke pak sampai?'.. Dan pak mertua aku pun jawab.. 'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!'
Kah kah kah... Gelaklah! Gelaklah!!!!!  

Friday, December 16, 2011

Handset aku color pink


Nak tau tak? Aku ada enset color pink walaupun sesungguhnya aku nie bukanlah budak pinky ataupun peminat fanatik color pink.
Satu ketika dulu aku telah membuat keputusan nekad untuk menjual enset lama aku disebabkan enset tu suka sangat cari pasal dengan aku.
Maka aku pun survey-survey la enset baru dan tetiba aku telah terjatuh cinta pada satu enset Sony Xperia nih. Masa kat dalam kedai enset tu, aku confius sama ada nak pilih color hitam atau color pink. Tinggal dua color tu je yang ada.
Sebenarnya, masa tu aku memang dah syak yang enset tu color pink. Tapi amoi kat kedai tu bukan main lagi meyakinkan aku yang handset tu sebenarnya color ungu. Aku dah pegang warna hitam tapi dia kata ambiklah yang color ungu (di mata dia) tu sebab nampak lain dari yang lain sikit.
Aku yang mudah cair dengan pujuk rayu nie pun membuatlah keputusan yang paling sukar nih iaitu dengan memilih enset color ungu tapi pink sebenarnya itu.

******************* 
Dalam perjalanan balik rumah, aku memang dah yakin abis yang enset tu color ungu. Tapi bila aku masuk je rumah, tetiba aku rasa tak sedap hati.
Aku pandang dinding rumah aku lepas tu dinding tu pandang aku balik sambil berkata,
“Apa tengok-tengok.”
Aku rasa nak hempuk je dinding tu kuat-kuat. Disebabkan aku malas nak cari pasal dengan dinding tu aku pun alihkan lah pandangan aku ke enset baru aku tu.
Sah! Memang sah! Memang sah lah enset aku tu warna pink sebab color dia sama dengan color dinding rumah aku yang berwarna pink tu.
Dan bila adik perempuan aku balik sekolah, dia siap gelakkan aku dan bagitau aku yang handset aku tu color pink. Oh tidak, aku membeli enset pink? Macam tak percaya. Aku malu. Ohh.,,
Sayup-sayup kedengaran dinding durjana itu menggelakkan aku sambil berkata,
“Kah kah, harap muka je ensem, tapi pakai enset color pink! Kah kah kah..”
“Cinabeng punya dinding! Dasar dinding tak sekolah.” Aku pun menyumpah seranah dinding itu.
*******************  
Lepas aku dapat tau hakikat yang sebenar bahawa handset aku tu sememangnya color pink, aku terus tak de mood. Menyesal gila beli enset tu. Rasa macam nak hempas je kuat-kuat kat dinding. Biar padan muka dinding!
Masa kat kampus, aku siap cover-cover guna enset tu sebab takut orang tengok. Rosak la imej aku sebagai seorang jejaka yang perasan ensem lagi brutal dan gagah perkasa tetapi memakai enset color pink. Hoho...
Tapi sekaranggggggggggggggg!!!!! Aku dah tak kisah dah. Lantak la apa orang nak kata. Yang penting aku bangga sebab aku ada enset color pink. Kau ada???? 
Nie lah enset aku tu.. Cuba bagi tau aku, enset nie color pink ke ungu???

Tuesday, December 13, 2011

Hakikat kematian....

Mengingat mati memang menakutkan
Justeru, tidak ramai yang suka untuk mengingati dan memikirkannya
Ramai yang menyedari hakikat kematian ini, namun ramai juga yang seolah-olah melupakannya
Kadang-kadang apabila kita teringat akan mati, semacam ada satu perasaan halus yang masuk ke dalam hati kita..
Masa tu kita akan terfikir untuk bertaubat. Kita akan terfikir untuk jadi baik. Kita akan terfikir untuk memperbanyakkan amal sebagai persiapan menghadapi kematian.
Tapi biasanya bisikan-bisikan keinsafan tu cuma sekejap sahaja.
Bila kita kembali memikirkan urusan-urusan dunia, semuanya akan hilang. Kita akan terus hanyut dengan dunia seolah-olah mati itu tidak akan tiba.
“Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari”
Sudahkah kau bersedia menghadapi mati?????
Meh study peta minda kat bawah nie.. Penting nih! Masuk exam!!!
Klik la untuk tumbesaran yang sihat.. Jangan malas..

Saturday, December 10, 2011

Kehenseman dan kecantikan itu satu anugerah!!!


Dalam cerita ombak rindu, watak izzah lakonan maya karin tu beriya-iya merayu mintak aaron kawen ngan dia. konon sebab aaron laki pertama yang dah sentuh dia. eleh! cuba kalau watak aaron tu bagi kat osman kering ke, harun salim bachik ke.. nak si izzah tu merayu camtu? jangan mimpi la. hidup ni tak macam novel. (Zack Zukhairi, 2011)
Aku copy dari status Zack Zukhairi. Sokong 99% apa yang dia kata. Realitinya apa yang ada dalam novel tu kadangkala tak sama dengan apa yang kita lalui di dunia sebenar.
Biasanya bila baca novel. Watak hero dan heroin mesti kacak,bergaya, cantik, cun melecun dan yang sewaktu dengannya.
Biasalah, novel dicipta untuk dibaca. Kalau kau gambarkan hero/heroin tu hodoh mestilah tak ramai yang akan baca sebab tak de feel nak berfantasi macam apa yang ada kat dalam novel tu.
Tapi, itulah hakikat kehidupan. Yang hensem dan cantik sentiasa mendapat perhatian. Kau tengok je la blog2 yang famous, kebanyakannya adalah blogger yang ada rupa. Tapi tak semua la. Artis popular??? Confirm la yang ensem dan cun melecun!
Mereka yang tak hensem/cantik perlu usaha yang lebih untuk dilihat orang. Mereka ini perlu pandai guna kelebihan diri yang lain untuk tarik perhatian orang lain.
Manakala mereka yang ada rupa pula adakalanya tak perlu buat apa-apa untuk dapat perhatian orang. Cukup sekadar diam dan tunjukkan aset yang mereka ada tu.
Kejamkah dunia? Oh tidak! Allah dah jadikan sesuatu tu ada tujuan dan hikmahnya.
Cuma ingatlah! Kepada yang hensem, cun, comel, atau perasaan hensem, cun & comel kat luar sana tu. Ketahuilah bahawa rupa paras indah yang kau ada tu hanyalah pinjaman dari Tuhan semata-mata.
Jadi, bukan hak kau untuk berbangga lebih-lebih. Reti???
Ensem sangat ke mamat nih? Aku lagi ensem kott.. huihui.. ;-)

“Belajarlah untuk bersyukur dan menerima apa adanya pada diri kita kerana ia adalah ciptaan Tuhan untuk kita. Yang membezakan kita disisi Tuhan ialah darjah keimanan dan ketakwaan kita kepada-Nya.”

Errr.. Jangan salah paham.. Aku bukan anti orang ensem/cun.. Sebab aku rasa aku pun ensem gak.. Huahua.. Aku sangat perasan..

Bukan kau pinta untuk dilahirkan ensem/cun... Betul tak? Cuma belajarlah untuk merendah diri dengan kehenseman dan kecunan kau tu. Tak payah nak show off sangat la.. Sebab Allah tu lagi cantik dan Maha Cantik daripada kau :-)

Tuesday, December 6, 2011

Dimana Allah???


Teacher : Can you see Allah?
Class       : No.
Teacher : Can you touch Allah?
Class       : No
Teacher : Then there isn't Allah!

*Student raises their hand and says*

Student : Sir, can you see your brain?
Teacher : No.
Student : Can you touch your brain?
Teacher : No.
Student : Oh okay, so you don't have a brain?
Kita mungkin akan ditanya oleh orang kafir tentang siapakah Tuhan? Dimanakah Tuhan? Bagaimanakah rupa Tuhan?
Cetek ilmu memang akan menyebabkan kita tak boleh nak menjawabnya.
Orang kata kalau nak jawab soalan-soalan macam ni kena ada kemahiran. Kau kena pusingkan balik soalan pada dia atau bagi contoh-contoh yang releven.
Contohnya bila dia tanya "mana Tuhan tu? Tak nampak pun?"
Kau boleh bagi contoh susu. "Susu ada lemak tapi boleh kau nampak mana lemak susu tu?"
Contoh lain, kau tampar dia kuat-kuat lepas tu kau tanya.
“Sakit tak?” Confirm la dia akan kata sakit. Lepas tu kau tanya balik.
“Kalau sakit apa bukti? Tak nampak pun sakit tu?”
Gitulah... Kita kena memahami betul-betul akan konsep Ketuhanan ini agar tak jadi bahan ketawa orang kafir jika kita tak dapat jawab apabila tiba-tiba kita ditanya kelak. Macam mana nak faham?
Kena la rajin-rajin datang majlis ilmu. Jangan asyik sibuk kejar ilmu dunia je. Ilmu akhirat kau tinggalkan. Sama-sama la kita beringat ye.....

Errr.. cakap banyak pun macam la aku nie pandai sangat kan.. Sekadar berkongsi apa yang aku tahu. Selebihnya tanyalah Ustaz atau Ustazah ye....


Dengan memerhatikan alam pun kau boleh melihat tanda-tanda kewujudan dan kebesaran Tuhan. Itupun jika kau mahu berfikir...

Saturday, December 3, 2011

Solat Jumaat punya cerita


Haisshhh, aku marah nie...
Semalam masa aku nak pergi solat jumaat, lalu la depan gerai-gerai makan. Kau tahu ramai gila yang duduk lepak-lepak sambil makan nasi padahal time tu dah start khutbah. Masjid tu tak jauh pun dari gerai-gerai tu, tu pasal khutbah tu boleh dengar.
Err, kau kata aku pun lambat? Aku lambat bersebab. Memula aku dengan member aku ikut jalan dekat, tapi tiba-tiba pagar kecil nak keluar dari kampus tu tak buka. Terpaksa la pusing ikut jalan jauh. Tu yang terlambat sikit. Sikit je tak banyak. Heh heh..
Aku punya la jalan laju-laju macam atlit jalan laju tu, tapi makhluk-makhluk berjantina lelaki kat kedai tu rilex-rilex je duduk sambil makan-makan. Ada yang baru sampai nak pergi makan lagi tu. Takde sivik langsung!!! 

Hai budak, walaupun kau tak reti lagi nak sembahyang, tapi kau datang gak masjid untuk solat Jumaat! Bagus-bagus...

Minggu lepas aku solat jumaat kat satu kawasan perumahan kat Shah Alam. Pun sama gak. Time imam dah angkat takbiratul ihram, baru la ramai-ramai masuk kawasan masjid nak sembahyang. Khutbah entah kemana!
Dah masuk rakaat kedua pun aku perasan ada lagi yang berlari laju-laju nak kejar masuk saf. Kebetulan aku sembahyang kat area luar masjid. Tu yang aku tau tu. Haisssh, tak khusyuk sembahyang aku jadinya.
Aku cuma nak bagi tau, khutbah tu adalah salah satu rukun solat Jumaat. Kalau kita tak dengar khutbah, maka tak sah lah solat. Kau datang solat jumaat lambat-lambat memang nampak sangat kau rasa terpaksa dan tak ikhlas datang solat tu.
Tapi kira ok lagi la kau datang. Daripada yang tak datang langsung! Lagi teruk. Baik kau tak payah mengaku Islam. Suruhan Tuhan kau buat main-main je seolah-olah Tuhan tu tak de nilai disisi kau.
Kalau solat Jumaat pun kau tak datang. Apa lagi solat-solat fardu yang lain. Haishh, bawak-bawak lah bertaubat yerrr...  Dibuatnya kau mati time kau tak sembahyang, tak ke haru...  Haishhhh!!!
Aku tak mampu nak tegur depan-depan. Aku tegur dalam blog je la.. Bulihh???
Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan...

Sunday, November 27, 2011

Perpustakaan tercantik & tercanggih di Malaysia...


Jumaat lepas aku dengan sorang kawan aku nie pergi satu library yang super duper the best terbaik kau memang deboomm kat dunia nie.  Library yang paling syiookkk pernah aku jejak kat dunia nie.
Tak percaya, kau try lah pergi Perpustakaan Awam Selangor yang baru kat Seksyen 13, Shah Alam tu. Pergi sekali, pasti kau nak pergi lagi berkali-kali. Cakap banyak pun tak guna, kau boleh tengok gambar-gambar yang aku sempat snap masa kat dalam library tu. Tapi sebelum tu meh dengar dulu aku nak bebel jap.

Nie lah bangunan library tu. Dah macam shopping complex aku tengok...

Niat asal datang nak cari bahan assignment bertukar menjadi lawatan semata-mata. Last-last aku pinjam novel bawak balik kampus. Satu hapak bahan assignment pun aku tak jumpa.
Bukan salah aku, salah library tu la. Koleksi dia sikit sangat. Kebanyakannya buku-buku lama. Diorang tengah dalam proses nak tambah koleksi.
Dan jangan tak tahu, dekat dalam ni ada bilik teknologi canggih 6D yang lagi power dari 3D tu. Bayaran masuk RM 10.00. Aku tak try lagi. Tapi aku dengar memang terbaik wokkkk..

Sumpah cantik giler kan...

Cuma aku tak puas hati satu je. Sign board nak ke library nie ciput je alahai. Dah tu, tak de langsung papan tanda arah nak ke library nie di sepanjang jalan yang kitorang lalu dari Shah Alam. Senang cerita, kau kena cari lokasi sebenar library nie ikut gerak hati kau je. Kalau jumpa kira nasib kau baiklah. Kalau kau tak jumpa, takut-takut kau dah tersesat kat alam bunian.
Lagipun lokasi library nie nun jauh masuk ke dalam. Library nie sebelah je dengan kelab golf. Dekat dengan Stadium Shah Alam dan Kolej PTPL Shah Alam tu.
Walaupun aku teruja gila kat sana. Tapi library tersebut telah meninggalkan satu lagi peristiwa hitam dalam hidup aku. Wah!!! Bunyi macam dahsyat je tu. Hoho...
Siap ada bilik perbincangan dan tempat study yang tersorok lagi... Boleh la main nyorok-nyorok... hehe

Library ni ada 5 tingkat. Kita kena tanggalkan kasut dan letak dalam beg yang disediakan kalau kita nak masuk ke setiap bahagian dalam library tu. Jadi, setiap tingkat akan disediakan beg.
Masalahnya, ada satu tingkat nie tak de pun beg. Maybe diorang lupa nak letak kot. Aku dengan member aku pun parking je la selipar kitorang kat luar tu. Bila nak keluar je, kitorang tengok selipar-selipar yang ada kat depan tu semuanya dah lesap.
Dah sah-sah selipar kitorang nie kena tarik. Dah macam kes tarik kereta pulak! Puas kitorang tanya petugas yang ada kat situ. Ada yang kata dekat bawahlah, ada yang kata pergi tanya orang atas la, last-last kitorang jumpa pak guard yang jaga kat tingkat bawah & dia suruh kitorang tengok dekat belakang kaunter utama library tu.
Huihh, bukan main jauh lagi dia sorokkan selipar kitorang tu. Hadoii, mesra sungguh library nie. Siap boleh main sorok-sorok selipar dengan pengunjung yang datang lagi tu. Haha. Tak macam orang gila pulak kan kitorang nie berkaki ayam.
Abis dah bebel. Meh layan gambar. Ada masa pergi lah. Pergi dengan rombongan Cik Kiah. Sure meriah...


Thursday, November 24, 2011

Ada apa dengan bola???


Pengaruh bola sepak cukup besar kepada penduduk planet Bumi. Namun penduduk planet Marikh, Zuhal bahkan Musytari langsung tidak menghiraukan sukan yang menjadi kegilaan penduduk planet Bumi ini.
Kerana bola manusia bergaduh. Kerana bola jugaklah manusia bersatu. Pelik!!! Ada apa dengan bola sebenarnya ni? Misteri sungguh.
Gila semangat kau bang! Sampai terjelir-jelir lidah kau..
Ikut cerita yang aku dengar, sejarah permainan ni sebenarnya adalah daripada peristiwa orang kafir meraikan kemenangan mereka dalam perang menentang orang Islam. (Tak ingat perang apa). Kepala orang Islam yang kalah tu telah dipenggal lalu disepak-sepak oleh orang kafir sehinggalah terciptanya permainan bola sepak ni. Betul ke? Aku pun tak tau. Pergi tanya cikgu Sejarah.
Errr, aku rasa cikgu Sejarah pun tak tau kot. Jadi sapa yang tau????
Hanya Allah yang Maha mengetahui...
Beberapa bulan yang lepas, penyokong Kelantan & Terengganu ‘berperang’ kerana bola sepak Piala FA. Kemudiannya sekali lagi penyokong Terengganu ‘berperang’ tapi dengan penyokong “Negeri Sembilan pulak masa Piala Malaysia.
Caci maki, kutuk mengutuk, baling mercun, laser sana-sini. Tapi bila tiba perlawanan bola sepak Sukan SEA. Kesemua penyokong-penyokong fanatik yang dulunya bergaduh ni tiba-tiba bersatu menyokong pasukan yang sama iaitu pasukan Malaysia.
Eh, yang kau gaduh-gaduh sebelum ni tu kau tak sedar ke yang kau semua duduk satu negara????
Tapi kira bagus lah tu, rakyat Malaysia tak kira bangsa & negeri semuanya bersatu untuk menyokong pasukan negara. Tapiiiiiiiiii....
Ada benda yang lebih dahsyat lagi terjadi. Rakyat kedua-dua negara iaitu Malaysia & Indonesia pulak yang ‘berperang’ disebabkan bola sepak ni. Perang yang lagi dahsyat. Laser goal keeper, bakar bendera, page facebook benci Malaysia, hasut-menghasut dan macam-macam lagi la.  
Gaduh lagi gaduh, bantai sama dia.. Lepas tu kau pulak kena bantai dengan Malaikat Mungkar & Nangkir!!!

Eh, kau tak sedar ke yang kita ni serumpun. Dan kebanyakan kita satu agama pulak tu. Sedangkan Dato’ Siti Nurhaliza dan Kriss Dayanti pun jadi bestfriend, Asyraf Sinclear (betul ke aku eja nih?) dan Bunga Cinta Lestari pun jadi laki bini. Takkan la rakyat kedua-dua negara nie tak boleh nak bersatu.
Pendek kata, jiran sesama jiran bergaduh! Melayu sesama Melayu bergaduh! Dan Islam sesama Islam bergaduh.
Apa nak jadi dengan dunia zaman sekarang nie. Macam orang bodoh, pasal benda kecil yang selalu kena tendang tu pun orang nak gaduh.
Aku minat gak bola sepak... Dan aku menulis berdasarkan apa yang aku rasa? Tak salah untuk meminati bola sepak. Sebab ia adalah sejenis sukan yang sangat best dan dramatik.
Apa yang menjadi salah ialah jika kegilaan pada sukan ini menjadikan kau benar-benar gila sampai sanggup bergaduh dan bermusuh macam orang gila...
Dan yang paling gila adalah jika kau sanggup tinggal sembahyang semata-mata nak pergi tengok bola. Kau rasa bola tu lebih penting daripada Tuhan. Maka aku rasa kau lebih layak jadi bola yang hidupnya memang untuk kena tendang.
Huh, cakap banyak macamlah bagus sangat...!!!
Hai ayam, kau pun sibuk nak main bola jugak???

Wednesday, November 23, 2011

Rahsia khusyuk dalam solat

Bila kita solat, sering aje kita tak khusyuk kan. Kau rasa sebab apa? Antara sebabnya ialah kita tak faham apa yang kita baca dalam solat tu. So, tak de feeling la. Macam kau baca buku dalam bahasa Tamil atau apa-apa bahasa yang kau tak paham, mesti kau rasa macam tak best sebab kau tak paham. Paham tak???? Hoho...
Dekat bawah nie aku nak share makna bacaan duduk antara dua sujud. Mesti ramai yang tak tahu kan... Aku pun ingat-ingat lupa je maksud dia.
Untuk bacaan-bacaan yang lain, sila cari sendiri. Pergi tanye Ustaz Google. Beliau sedia membantu. Jangan malas ok!
ERTI DUDUK ANTARA DUA SUJUD :
Rabbighfirliii - Ya Allah, ampunilah aku
Warhamnii - Sayangi aku
Wajburnii - Tutuplah aib-aibku
Warfa'nii - Angkatlah darjatku
Warzuqnii - Berilah aku rezeki
Wahdinii - Berilah aku petunjuk
Wa'Aafinii - Sihatkan aku
Wa'fuanni - Maafkan aku
Moga-moga lepas nie solat kita lebih khusyuk. Aminnnn...

Tuesday, November 15, 2011

Kan dah kena kutuk...!!!

Tergelak aku bila buka facebook hari nie. Ada la seorang makhluk Allah nie yang kononnya nak menang Pertandingan Sweet Couple dimana kalau gambar dia dengan couple dia tu dapat like paling banyak maka dia akan menang.
Tapi bukan like yang dia dapat, tetapi cemuhan dan rasa tak puas hati pengguna facebook yang lain dimana kebanyakan mereka tak bersetuju dengan pertandingan nie...
Malu kan? Niat suci murni nak menang pertandingan tetapi sebaliknya dapat cacian & nasihat-nasihat free...
Tapi tak boleh nak salahkan dia juga, mungkin dia antara berjuta-juta umat Islam yang tidak memahami batas-batas percintaan yang digariskan dalam Islam.
Walaupun hanya sekeping gambar, tapi mampu mengundang pelbagai pandangan negatif orang lain yang melihatnya.
Jadi, janganlah terlalu expose dan membangga-banggakan sangat percintaan yang belum tentu ke jinjang pelamin tu lagi. Mungkin nampak sweet di mata manusia, tapi sangatlah bitter di mata Tuhan. Kau suka tapi Tuhan murka!!!! 

Tuesday, November 8, 2011

Nikmat Tuhan yang jarang kita syukuri

Bila kita fikir-fikir akan nikmat Tuhan pada kita, memang tak terhitung banyaknya. Dan biasanya, kita takkan sedar akan nikmat yang telah Tuhan berikan. Makanya, memang payahlah untuk kita melahirkan rasa syukur.

Bila kita dapat result yang best dalam exam, kita akan nampak kejayaan tu datangnya dari usaha kita atau guru yang telah mengajar kita.

Tapi kita tak nampak akan hakikat kejayaan itu datangnya dari Allah.

Bila kita dapat sesuatu hadiah atau benda, kita akan ucapkan rasa terima kasih pada orang yang memberikan hadiah tersebut. 

Jarang sekali untuk berterima kasih pada Tuhan yang telah menggerakkan hati orang tersebut untuk memberikan hadiah kepada kita.

Bila kita sembuh dari penyakit, kita akan nampak ubat dan doktorlah yang telah menyembuhkan kita.

Padahal sebenarnya kesembuhan itu datangnya daripada Allah.

Bila kita fikir akan nikmat-nikmat Tuhan, kita akan lihat betapa kerdilnya kita. Nikmat nyawa, mata, telinga, mulut, kesihatan, kepandaian, dan macam-macam lagi. Nikmat yang kita guna hari-hari tanpa rasa malu sedikitpun.

Kita tak sedar pun yang nikmat tu hanya dipinjamkan Allah kepada kita. Hakikatnya ia bukanlah milik kita.

Dan dengan nikmat itulah adakalanya kita gunakan untuk berbuat maksiat dan derhaka kepada-Nya.
‘Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang hendak kamu dustakan?”

Saturday, November 5, 2011

Kenangan raya korban di perantauan



Bila ayam dah tak selera makan,
Kambing pula resah,
Lembu pura2 gila,

Kucing jer nampak cool,

Itu tandanya raya korban dah dekat.
SELAMAT HARI RAYA KORBAN

Baru je beberapa bulan lepas kita sambut raya. Kali ni nak raya lagi. Itulah istimewanya Islam. Allah bagi macam-macam raya kat kita. Paling istimewa, hari raya yang sebenar-benarnya di akhirat nanti.
Tahun lepas aku merayakan raya korban ni di perantauan. Nun jauh di Indonesia sana. Hoho. Paginya di Medan, tengahari bertolak ke Acheh.
Upacara korban di Indonesia sedikit berbeza berbanding di Malaysia. Sebelum binatang-binatang korban kena sembelih, mereka akan azan kalau tak silap aku atau baca ayat Quran dalam berlagu. Memang kau akan terasa syahdu je.

 Lembu nie sebenarnye terlepas dan cuba melarikan diri, tapi setelah ditenangkan oleh aku, beliau pun pasrah & rela untuk dikorbankan.

Aku tengok dari jauh je. Tengok dekat-dekat nanti kena tolong pulak. Hahah. Jangan contohi aku ok!

Time tengah korban tu, mereka akan pasang lagu-lagu nasyid bagi memeriahkan suasana. Kau tau tak? Mereka ada pasang lagu Raihan wehh. Bangga giler aku. 
Kitorang menginap di Asrama Haji di Medan. Asrama nie macam tempat transit la sebelum orang-orang Medan pergi haji. Kira macam Kompleks Tabung Haji la. Ada paham?

Inilah Asrama Haji Medan tu. Di atas nie adalah pengurus asrama haji yang tersohor itu. Huahua.

Kitorang tak join pun upaca korban tu. Maklumlah orang luar. Kitorang just skodeng diorang wat ibadah tu dari dalam bilik asrama. Betul-betul sebelah bangunan asrama diorang buat korban. Siap darah lembu boleh terpecik di dinding asrama lagi. Hahah.

Inilah asrama tempat aku skodeng-skodeng orang buat korban. Aku tak suka bilik air dalam asrama nie sebab takde lampu. Aku dah rasa macam orang buta tengah mandi. 

Bagi melepaskan kerinduan pada keluarga. Kami pun membuatlah ucapan salam perantauan konon-konon berada sungguh lah jauh di London. Malas mau cerita panjang-panjang. Klik sini dan sini, aku dah buat pun entri pasal trip nie... 

"Salam perantauan dan selamat hari raya Aidiladha kepada ayah bonda & keluarga, cikgu tadika, guru-guru di sekolah, pensyarah-pensyarah, penaja kami iaitu JPA & MARA serta kepada aweks-aweks & calon-calon isteri yang berada di Malaysia. Nantikan kepulangan kami tahun depan. Muahhh..."

Wajah-wajah yang tak dapat beraya korban di kampung halaman. Elehh, raya korban je kot.. ;-)

Sambutlah raya ini dengan penuh rasa syukur & banyakanlah memuji Allah.

Psstt.. Aku tak suka raya korban sebab aku tak suka makan lembu. Kalau tiba raya korban, bermakna akan banyaklah daging-daging lembu kat rumah. Ini bermakna hari-hari aku kena makan binatang nie.. argghhh..
Related Posts with Thumbnails