![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiKqkZDCWu792GtmCjdklCMQQ6PgpgeLTPZmBmLlgxIks1gRFFTPxnWvBU2-2S1jk-t3LoGvxFhN-ueYAuFWCWIUn87V7PXsFcWcCyVjuWdng2FWvk1mbbWZzWDMuQ0ufSgvLwBxohzWow/s320/pasport+malaysia+mengharamkan+masuk+israel2.jpg)
Nenek itu hadir tanpa ditemani ahli keluarga. Dia kelihatan terpinga-pinga kerana tidak tahu bagaimana untuk berurusan di jabatan itu. Dia membebel seorang diri dalam bahasa Mandarin dan berurusan secara ‘hentam keromo’ tanpa mengikuti ‘prosuder’ dan langkah yang ditetapkan. Mujurlah ada beberapa orang warga Cina yang prihatin membantu nenek tua itu.
Nenek tua itu langsung tidak boleh berbahasa Melayu. Lagaknya seperti seorang anak kecil yang langsung tidak menghiraukan keadaan sekeliling dan hanya dengan dunianya sahaja. Cuma terdetik difikiran aku. Tidakkah nenek itu mempunyai waris untuk menemaninya? Sanggup ahli keluarganya membiarkan nenek tua itu yang tidaklah nyanyuk tetapi sifatnya seperti kebudak-budakan mungkin atas faktok usia itu berurusan seorang diri.
Lebih senang untuk menggambarkan sifat nenek ini adalah seperti seorang yang ‘dungu’ dan asyik membebel seorang diri tetapi bukanlah seorang yang gila dan nyanyuk. Dia berurusan di jabatan imegrisen itu seorang diri. Maaf, aku bukanlah hendak menghina nenek itu tetapi sekadar menggambarkan sifatnya sahaja. Satu lagi yang menjadi tanda tanya ialah kemanakah destinasi nenek tua itu dengan keadaannya yang begitu?
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitstEhUtp9QZXx7bRLi5JQoSPoghBWkMOouAQTYTT8xOU6hOYtbDvgYQI3EL3KXacZy4pAACa304EIeB7ceFJVqyrgs-5XrV8qrRauc5JlLI3Z2AVRxJpNUeSVatGFpqSzvDjKfkCNvbE/s1600/passport1h.gif)
Ketika kami datang semula ke jabatan imigresen untuk mengambil pasport yang telah siap, nenek itu pun tiba dengan kereta yang lain pula. Aku kagum dengan nenek itu. Dia mampu hidup berdikari dan tidak malu meminta tolong dengan orang lain walaupun keadaannya begitu. Mungkin kita tidak tahu apa yang berlaku pada keluarganya atau mungkin juga dia memang tidak mempunyai waris. Cuma, aku sekadar ingin mengajak kalian berfikir. Jika nenek tua itu adalah ibu kita, adakah kita tergamak membiarkan ibu kita sedemikian???
Moral of the story untuk cerita ini ialah sayangilah ibu kita kerana syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.
Nampak je nenek tua tu macam budak-budak, cuba check akaun bank dia ada berapa juta...
ReplyDeleteHaha... Mungkin la... Ye la, klo nenek tu miskin takkan la dia wat pasport nak g oversea kan..
ReplyDeleteKalau dia miskin pown anak dia mungkin kaya... hehehe
ReplyDeleteanak2 dia xnk teman kan dia, tu pasallah dia buat sengsorang jer...