Others

Meh le follow...

Thursday, March 15, 2012

Filem 7 Petala Cinta... Dakwah atau keuntungan semata-mata???


Sekarang ni kat panggung tengah menayangkan cerita 7 Petala Cinta yang merupakan sebuah filem cinta berbentuk Islamik yang diarahkan oleh Azahari Zain dan diterbitkan oleh Metrowealth...

Apa yang menarik dan mungkin menjadi tanda tanya ialah filem ni diterbitkan oleh David Teo yang kita ketahui bukanlah beragama Islam. Sesuatu di situ.. Seorang yang bukan beragama Islam menerbitkan filem yang berunsurkan Islam. Adakah ia hanya sekadar ingin mengaut keuntungan atas nama Islam semata-mata atau beliau sememangnya amat tertarik dengan keindahan Islam dan cuba untuk mengetengahkan keindahannya? Sama-samalah kita bersangka baik ye...

Berbeza dengan filem Ketika Cinta Bertasbih yang ditulis oleh Habiburrahman el-Shirazy yang kita ketahui adalah graduan lulusan Al-Azhar yang sememangnya merupakan orang yang benar-benar faham tentang Islam. Justeru terhasillah novel dan filem yang begitu memberi kesan dan menjadi fenomena suatu ketika dulu. Menonton filem tersebut mampu menginsafkan dan terasa seperti ingin menjadi seperti watak-watak di dalamnya. Syariat dan pergaulan antara lelaki dan perempuan di dalam filem ini pun begitu terjaga.

Filem ini hampir menyamai filem Syahadat Cinta dari Indonesia. Tak serupa tapi hampir-hampir sama. Mungkin persamaan tidak disengajakan. Apapun, pujaan harus diberikan di atas usaha penerbitan filem-filem Islamik seperti ini. Mungkin pada awalnya dapat dilihat kepincangan disana-sini terutama dari aspek syariat dan penutupan aurat yang tidak begitu sempurna oleh para pelakonnya. 

Namun, ia boleh diperbaiki tetapi perlulah ada penglibatan orang yang benar-benar faham tentang Islam supaya ia tidak sekadar menjadi filem yang hanya menggunakan title 'Islam' untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Err, aku sebenarnya belum tengok lagi pun cerita ni.. Just tengok trailer dia aje.. Tapi aku rasa macam menarik. Sesiapa yang dah tengok tu boleh la komen.. Jom kita sokong filem-filem seperti ini daripada filem-filem yang mengarut dan tah apa-apa tu...

12 comments:

  1. Nia tengok dah. :D ada jugak pengajaran yg terselit dalam cerita ni. oklah , tp still tak boleh lawan ketika cinta bertasbih but lebih bagus dari karipap2 cinta, tengok dh cerita tu ? mesti sakit hati. sgt mengarut. pasal islam jugaklah.

    ReplyDelete
  2. nampak macam menarik..belum tengok lagik...harap2 memberikan kesan kepada penonton.~

    ReplyDelete
  3. Ingat lagi tak filem Syukur 21? Filem tu pun terbitan Metrowealth, sama macam 7 Petala Cinta. Tapi, filem tu rugi, bukan sikit tapi berjuta.

    klu David Teo buat cerita berpaksikan kepada keuntungan semata-mata, buat apa dia buat cerita bergenre Islamik, sebab filem Islamik memang susah nak buat duit kat Malaysia nih...

    Baik dia tiru KRU buat filem macam Merong Mahawangsa ke, tak pun buat filem iras-iras Adnan Sempit yang beliau terbitkan tu., kalau benarlah David Teo membuat filem ni berpaksikan kepada keuntungan.

    Cerita genre Islamik macam ni sebenarnya salah satu khidmat sosial beliau dalam negara kita. Takkan dia nak buat filem berkaitan dengan agama dia lak? Lagi la orang tak nak tengok...

    ReplyDelete
  4. Reza..hidden baru je tengok cerita ni..amek midnight punya..actually ceritanya sangat unik kalau kita cuba pelajari setiap part yang ditayangkan.Menitis air mata hampir 3 kali tengok cerita ni.(mungkin sebab aku perempuan tu yang feeling lebih tu..:)

    Cerita ni buat kita fikir yang setiap manusia takkan lepas dari buat kesilapan. Dan cerita ni membuktikan bahawa memang benar orang yang baik akan dijodohkan dengan orang yang baik.

    Walaupun pada hakikatnya kita seorang perompak, penyangak ataupun pelacur.. Masih ada ruang untuk kita mencari keredhaan Allah sepertimana keluasan 7 petala langit dan 7 petala bumi.

    Bukan kita yang boleh menilai seseorang manusia tu baik atau jahat..Semua tu kerja Allah..

    Reza..Kalau kita menonton cerita atau mendengar cerita sesuatu yang buat kita ingat pada Allah..itu sunat..jadi biarlah cerita ni diarahkan dengan orang bukan islam sekalipun tapi buat kita ingat pada Tuhan kita sendiri..tu tak jadi masalah..melainkan kalau kita pergi ingat muka David Teo.tu menyesatkan tu..

    Pendapat saya..David Teo sangat berfikiran terbuka. dia menerima dan respect semua agama. Dengan mengarahkan filem sebegini dia dapat menolong umat Islam berpendirian teguh dan mengikuti ajaran agama masing-masing dengan baik.lagipun, lebih dari 50% masalah pelacuran dan masalah masalah sosial lain adalah dari orang melayu sendiri..

    ni pendapat hidden je..:) nway..betul ka blog hidden ada masalah kat comment box?reza tau tak workshop mana paling dekat?nak kena service da blog aku ni...hehehe

    ReplyDelete
  5. Aku suka cite islamik dari Indonesia.. memg terbaik!!! kan^^

    ReplyDelete
  6. Hmm..belum tgk lagi..tp biasenya cerita2 mcm ni aku tak layan..even Nurkasih the movie pun aku xtgk..xbest kot pd pndangan aku..

    ReplyDelete
  7. DH TENGOK NNT BARU BOLEH KOMEN MCM MANA CERITANYA..*_*

    ReplyDelete
  8. NiaLidia.:
    Oh.. karipap cinta.. ada gak dgr2 psal cerita tu.. agak mengarut gak la.. islam x brapa nk islam sgt..

    luqman zakaria:
    Dalam sesebuah cerita yg pnting kesan yg ditinggalkan pd penonton.. tak lah ia sekadar hiburan kosong yg sia-sia aje..

    Muhammad Syahmi:
    Yup ingat lgi filem tu.. bajet mahal tpi pulangan x seberapa.. erm, kita brsangka baik je la dgn David Teo tu.. sape tahu dia mmg betul2 ikhlas.. smoga Allah bgi hidayah pd dia satu hari nti..

    Realname Hidden:
    Wahh, smpai mcm tu skali dia punya feeling.. mg best la tu agaknye.. setuju dgn pndapat cik Hidden..

    "David Teo sangat berfikiran terbuka. dia menerima dan respect semua agama. Dengan mengarahkan filem sebegini dia dapat menolong umat Islam berpendirian teguh dan mengikuti ajaran agama masing-masing dengan baik."

    good opinion..

    hafiz hafizol:
    Mmg trabik.. ak pun suka gak.. menusuk kalbu..

    Nana:
    Stiap org ada selera masing2.. filem2 islamik kt Malaysia ni mmg x brapa nk best pun.. tpi maybe kau bleh try tngok yg indonesia punya.. pd aku okey la banding yg Malaysia punya..

    Bui Junaidi:
    Silakan tengok ye....

    ReplyDelete
  9. rase cam xde yang lagi best dp filem Ketika Cinta Bertasbih drp Indonesia..sbb pelakon2 nyer bukan main tangkap muat je...tapi watak2 utama mmg dicari yang mmg ade prinsip islamik. So, bile tgk dorang berlakon, mmg terasa kat hati penonton sbb dorang bukan hnya berpura2 tuk jd islamik...

    insya ALlah moga David Teo mmg ade niat nak memartabatkan Islam dgn movie tu:)

    ReplyDelete
  10. ermmmm....
    byk citer hantu yg dia buat tu pun untuk perhatian org melayu...segalanyer modal utama dia org melayu..

    ReplyDelete
  11. nk g tgk lah..... space u8 1 =)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails