Others

Meh le follow...

Saturday, October 10, 2015

Konsert Sound of Kelantan punya cerita...

Assalamualaikum...
Hari ni tiba-tiba aku rasa nak bercerita. Haha.. Minggu lepas punya cerita. Aku berkesempatan untuk ke konsert Sound of Kelantan. Konsert ini dianjurkan untuk mengumpul dana bagi membina semula rumah-rumah penduduk Kelantan yang terjejas banjir. Serius aku baru tahu rupanya sampai sekarang masalah penempatan akibat banjir di Kelantan masih tak setel-setel lagi. Sampai sekarang masih ada lagi yang tinggal di khemah-khemah, kabin dan tempat-tempat yang tak layak dipanggil rumah.

Tiket VIP tu.. First time pergi konsert-konset cenggini.. Office sponsor.. Heh heh..
Maka pergilah aku pada hari kejadian yang diadakan di Megastar Arena, Jalan Kuchai Lama. Sebuah tempat yang majoriti penduduknya adalah Cina dan memang kawasan Cina pun. Dan konsert ni pun dianjurkan oleh komuniti Cina. Makanya yang datang pun majoritinya orang Cina.

Penglibatan beberapa organisasi Islam dalam konsert ini lebih kepada untuk memenuhi undangan kerjasama komuniti penganjur konsert ini disamping untuk membina hubungan yang baik diantara berlainan kaum dan agama serta menyebarkan mesej-mesej Islam kepada mereka yang bukan beragama Islam supaya salah tanggap terhadap Islam dapat diperbetulkan.

Ada persembahan gendang Cina, persembahan tradisi Hindu dan yang paling membuat hadirin terkesima adalah apabila Mu'adz Dzulkefly membuat persembahan Azan dengan cara yang unik. Semoga hati-hati mereka tersentuh untuk menerima keindahan dan kebaikan Islam sebagai agama rahmah. Dan ada banyak lagilah persembahan.

Kau kenal Mu'adz Dzulkefly? Kalau tak kenal, sila google!
Memang tak dinafikan ada beberapa persembahan yang boleh dikategorikan 'tidak patuh syariah' tetapi kita sedia maklum yang ia dianjurkan oleh orang yang bukan beragama Islam. Kehadiran wakil persembahan daripada organisasi Islam berjaya menyeimbangkan persembahan 'tidak patuh syariah' itu. Yang penting, mesej Islam berjaya disebarkan. Insyaallah..

Persembahan dikir barat ke ulik mayang nih? Aku konpius.. :)
Persembahan gendang Cina.. Dum dam dum dam bunyi dia.
Budak ni jadi peneman aku sepanjang konsert. Asyik duk gurau-gurau dan main cak-cak dengan aku. Hehe.

7 comments:

  1. semoga cepat sikit selesai...kesian jugak...ada jugak baca beberapa artikel yang kata pasal penempatan sementara ni lagi...haihhh...mana la kerajaan ni -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, kesian mereka.. dah kerajaan x dapat selesaikan.. kita rakyatlah yg sama2 mmbantu..

      Delete
  2. Semoga acara sebegini dapat membantu pengumpulan dana untuk mangsa banjir..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails