Others

Meh le follow...

Tuesday, October 20, 2015

Luahan hati saudara baru

Semalam aku berborak dgn sorang pak cik India saudara baru. Cerita punya cerita tetiba pak cik ni cakap..
"Kadang2 sy terfikir kenapa Allah tak jadikan sy Islam sejak lahir. Dapatlah sy kahwin dgn perempuan Islam yg boleh ajak sy solat sekali. Sama2 amalkan Islam. Barulah sy semangat. Sy cuma terfikir aje.." Katanya sambil tersenyum sambil aku lihat matanya yg seolah menggambarkan kesayuan.
Pak cik ni dh brkahwin dan anak2 dah besar tpi x seorg pun yg nk ikut dia masuk Islam. Dia sedih dan rasa keseorangan. Mungkin cemburu dgn keluarga Muslim yg anak isteri mereka dh memang Islam. Boleh amalkan Islam sama2 dan masuk syurga sama2. Mgkin dia tringin nk rasa ada kluarga yg mcam tu. Katanya lagi..
"Malam2 sebelum tidur sy selalu cakap dgn Allah. Sy bercerita dan mengadu macam2 dkat Dia smpai sy menangis."
Ya Allah, aku plak yg rasa nk menangis. Aku yg Islam dari lahir ni pn tak prnah stiap malam bercakap dgn Allah sblum tidur smpai mnangis. Betapa pk cik yg baru je setahun masuk Islam ni dpat merasakan kehadiran Tuhan tu dlam hidup dia. Betapa dia boleh jadikan Tuhan tu kawan utk dia mengadu dan brmanja hari2.
Pak cik ni dh boleh rasa nikmat iman sampai macam tu sekali. Kita yg dh lahir2 Islam ni plak anggap Tuhan tu mcam wujud tak wujud je. Bila susah baru nk cari Tuhan. Patut rasa malu pd diri sendiri.
Oh ya, pak cik ni OKU jalan terdengkot2. Tapi sanggup datang kelas belajar agama naik lrt dan bas dri rumahnya yg jauh. Kita ni rancangan agama dlam TV yg x perlu gunakan kaki tu pn x sanggup nk tngok.. Kan???
Sama2 kita belajar dan muhasabah diri blik daripada kisah pak cik ni.. Sejauh mana kita meletakkan Tuhan tu dalam hidup dan hati kita..

4 comments:

  1. Nikmat yang Allah kurniakan itu berbeza antara individu. Bukan nikmat itu yang menjadi ukuran sebaliknya ketakwaan kita kepada Allah itulah yang dinilai.

    Kita mungkin dapat nikmat Islam itu sejak lahir dan memiliki keluarga yang Islam-keturunan, namun kita belum tentu merasai manisnya Iman sebagaimana yang dirasai oleh pakcik itu.

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  3. aku selalu rasa aku take for granted dah dilahirkan as Islam. kufur nikmat betul. lain woo orang dapat hidayah ni, deep sangat rasa dorang pasal Islam. sampai kita yg islam dari azali ni pun terkesima dan malu sendiri. kita ada peluang tapi tak menggali, dorang pulak sendiri cari. Subhanallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah mahalnya hidayah yang dicari.. mereka tahu nak menghargai..

      Delete

Related Posts with Thumbnails