Others

Meh le follow...

Tuesday, October 25, 2011

Menipu itu memang best...

Perkara yang aku confirm kau & aku pernah buat dalam dunia nie ialah menipu. Menipu itu memang best. Sebab dengan menipu, kau mungkin akan dapat sesuatu yang best.

Sesungguhnya amatlah payah untuk berkata benar lebih-lebih lagi pada perkara yang menyakitkan.

Menipu mak abah

Menipu cikgu sebab tak siap kerja sekolah

Meniru dalam exam

Menipu kengkawan

Benda-benda nie mesti kau pernah buat kan???


Takkan nak tunggu hidung kau macam Pinocchio kot baru kau nak berhenti menipu...


Tapi ada satu perkara je yang kau tak boleh tipu...
Iaitu menipu ALLAH... 

Dia takkan tertipu dengan segala kebohongan dan perkara-perkara dusta yang kau lakukan kat dunia. Boleh ke kau tipu ALLAH masa kat akhirat nanti? 

Memang payah untuk berkata benar. Namun, ramai orang yang cenderung memilih untuk terus menipu dan menuturkan kata-kata dusta. Cuma ingatlah hadis Rasulullah...

“Berkatalah benar sekalipun ianya pahit”

Insyaallah kau akan merasai kemanisannya bila berkata benar walaupun adakalanya ia sangat menyakitkan. Sebab Allah menyukai orang yang jujur. 

Utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia. Jadi, tak perlulah menipu dalam urusan-urusan hidupmu.

Bohong sunat boleh kan?????  Err.. Entah!!! Ada ke???

5 comments:

  1. aku kuat menipu...hehe

    p/s : sbb bkn semua perlu aku kongsi...apabila didesak...aku tipu la...tipu sunat kn...hehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    penah dengar orang cakap..sbnrnya bukan bohong sunat..tapi bohong muslihat.lau dlm bahaya..sbb sunat ni bende yang dapat pahala..ade ke berbohong dapat pahala..sekadar menyampaikan...

    ReplyDelete
  3. hehe..kadang-kadang bukan niat nak menipu..nak prank je...<--budak nakal.haha.tapi tu dulu la..kecik2 dulu

    ReplyDelete
  4. Jasman:
    kdg2 kita mmg terdesak utk menipu.. lgi2 klo benda tu melibatkan aib & maruah kita..

    NurMar:
    W'salam.. perkongsian yg bagus.. first time dgr psal bohong muslihat nie.. mksudnye, jika kita dlam bahaya maka dibolehkan utk menipu jika kita berkata benar, ia boleh mengancam nyawa & mendatangkan mudharat.. wallahua'lam..

    Miss Eiza:
    menipu utk bergurau tu mgkin boleh.. asalkan tidak melampau.. prnah dgr satu pndapat nie, klo kita menipu dgn niat untuk brgurau, maka dibolehkan tpi cepat2 la betulkan fakta yg kita tipu tu.. wallahua'lam..

    ReplyDelete
  5. ceril pon pnh tulis n3 psl menipu nih.

    http://cheritacikceril.blogspot.com/2011/09/perlu-ke-menipu.html

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails