Others

Meh le follow...

Thursday, December 27, 2012

Jasa warga Indonesia yang kita tak nampak

Hari ini aku pulang semula ke kampus terpaksa cinta setelah bercuti selama 3 hari lamanya.. Sewaktu di bus stop PKNS Shah Alam tatkala menunggu bas Rapid KL U605 yang tak kunjung tiba, kelihatan begitu ramai kelibat gadis-gadis Indon dan sekelumit mak cik-mak cik dan abang-abang Indon di situ. 

Pergghh, aku dah rasa macam dekat Jakarta tatkala dikelilingi mereka. Serius betul-betul punya keliling. Kiri kanan depan aku semuanya geng-geng Kriss Dayanti. Hal ini telah membuatkan aku berasa begitu janggal sekali dan terasa seperti ingin segera pulang ke tanah air ku yang tercinta. Ehhh.. ;-)

Ketika bas Rapid KL U80 melabuhkan tayarnya. Maka lenganglah bus stop tersebut kerana kebanyakan warga Indonesia tersebut berpusu-pusu menaiki bas tersebut yang menuju ke KL. Dan aku mula kembali bernafas dan tersedar kembali bahawa aku rupa-rupanya berada di Malaysia. Hoho..

Gambar tak menutup aurat terpaksa di'censor' untuk mengelakkan saham dosa di akhirat. Harap maklum!
Ini bukannya entry berunsurkan perkauman.. Motif aku cerita ni sebenarnya nak bagitahu betapa besarnya jasa warga Indonesia yang bekerja di negara ini. Secara tak langsung mereka turut menjana pendapatan ekonomi negara. Buktinya, kira-kira 80% yang berada dalam bas U80 tadi adalah warga Indonesia. 

Bayangkan dengan kehadiran mereka telah memberikan keuntungan yang besar kepada Rapid KL. Tambang sehala pergi KL dalam RM 3.00. Pastu darab dengan kira-kira 20 orang.. sama dengan RM 60.00. Itu baru satu bas. Kalau campur dengan bas-bas lain, campur hari lain, bulan-bulan lain.. Pergghhhh.. Aku malas nak kira..

Lagi satu yang aku rasa, aku rasalah kan.. kalau tak de warga Indonesia dan warga asing yang lain, confirm takkan terbinanya banyak bangunan-bangunan yang besar kat Malaysia ini. Kebanyakan yang jadi buruh binaan semuanya warga asing. Kalau ada orang tempatan pun sikit la.. 

Kalau rakyat Malaysia boleh kata "Saya bangga sebab Malaysia ada KLCC." Tapi orang Indon boleh kata macam ni pulak. "Patutnya aku yang harus lebih berbangga kerna KLCC itu aku dan orang-orang aku yang bina, bukannya orang-orang kamu."

So, siapa yang patut lebih berbangga???? Errkkkk....

Pssstt: Aku paling benci kalau ada orang kutuk-kutuk orang Indon cakap macam2 tanpa ada sebab yang munasabah. Dan aku benci gak kalau orang Indon duk kutuk-kutuk orang Malaysia. Bagi aku, kita serumpun, asal dari keturunan yang sama. So, kenapa perlu nak gaduh2... Kalau tak nak bersatu atas nama serumpun pun, bersatulah atas nama seagama dan seakidah.. :-)

16 comments:

  1. Kadang-kadang, kehadiran mereka meresahkan kita.

    Buktinya pada perenggan kedua entry ni.

    ReplyDelete
  2. salah satu negatif side nya dengan adanya warga asing dalam bumi malaysia ni ialah rakyat malaysia sendiri ramai yang tanam anggur dan xde keje.

    puncanye disebabkan rakyat malaysia sendiri sbb malas dan terlalu memilih kerja.

    yang paling tak suka bila warga asing terlalu buat malaysia ni macam tempat dorg sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. beto.. bila dh dtg tempat org kena la pandai jaga adab.. konsep mcm msuk rumah org la...

      Delete
  3. saya suka kalau yang datang buat baik
    yang saya tak suka kalau datang buat kacau or merompak
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu satu kes gak.. dtg negara org pastu buat onar.. klo dtg keje elok2 x de sape pn yg nk marah..

      Delete
  4. http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/ tinggalkan jejak fowllow, awak

    ReplyDelete
  5. salam reza! aku lama xsinggah sini.. ehehee.. maklum ar ade org tu lupe nk signout... :P tu la ramai kot org indonesia especially kt PKNS ni... tp nak wat cmne.. kalau diorg xde, xjalan bangunan besar2 ni... cm singapore ramai pekerja indonesia.. cuma gov kene ketatkan pengambilan mereka n halang PATI

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.. Waaa, blogger otai dtg komen.. bangga gila nih. haha..:-)

      Delete
  6. betul2, slalu balik rumah naik u80 majority indon, haih :)

    http://ininazeerah.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails