Others

Meh le follow...

Thursday, March 21, 2013

Mimpi kahwin.. Apakah petandanya tu?

Salam.. Lama rasanya tak merapu-meraban dekat sini. Untuk kemunculan semula dalam dunia blog ni, aku nak share pasal mimpi aku malam tadi. Seram wehhh.. 

Aku mimpi pasal kahwin.. Waaa, siap nampak dengan jelas lagi muka isteri aku tu. Aku kenal gadis tu. Apakah petandanya itu? Bangun dari tidur aku rasa semacam je. 

Okey, aku cerita kronologi mimpi tersebut...

  1. Mula-mula aku diberitahu oleh siapa entah yang aku ingin dijodohkan dengan seseorang.
  2. Aku pun setuju. Aku tak bagi tahu pun mak dan ayah aku tapi diorang dah tahu awal-awal.
  3. Pastu, time hari kami dipertemukan, ada la ramai gadis-gadis dekat situ. Semuanya baik-baik dan solehah. Aku kenal semuanya dan aku pun tertanya-tanya siapa sebenarnya orang tu.
  4. Cuak gak kot-kot orang tu aku tak suka. Mampus aku sebab aku dah setuju awal-awal lagi.
  5. Tapi akhirnya aku diberitahu gadis sebenar yang akan dijodohkan dengan aku. 
  6. Perasaan aku time tu, gembira yang amat sebab aku pernah suka dengan gadis tu dulu. Suka-suka macam tu je la.
  7. Sebaik dapat tahu, aku terus sujud syukur macam Anna Altafunnisa sujud syukur bila dapat tahu dia dijodohkan dengan Azam dalam filem Ketika Cinta Bertasbih tu. Aku siap menangis lagi dalam sujud tu. Sweet kan!! Huahua..
  8. Dan akhirnya kami pun dinikahkan tapi masing-masing still lagi belajar di U yang sama. U yang sama??? Jeng jeng jenggggg.. Siapa agaknya???
  9. Tapi aku dapat rasa betapa manisnya perasaan bercinta lepas kahwin.. Rasa tenang je, hari-hari rasa nak jumpa sebab kami duduk asing-asing. Kira macam nikah gantunglah kot.

Anyway, aku tak boleh terima mimpi ni. Sebab macam pelik. Kronologi dia begitu teratur dan jelas. Tak macam sesetengah mimpi yang mengarut-ngarut jalan cerita dia..

Waaa, actually aku taklah suka sangat kat dia pun. Nak kata cinta jauh sekalilah. So, aku harap mimpi aku tu cuma mainan tidur je... Sebab musnahlah impian aku nak kahwin dengan puteri raja kalau aku kahwin dengan dia... Huahuahua..

Apapun, jodoh tu ditangan Tuhan. So, aku terima dengan redha siapa pun jodoh aku. Aku still akan berpegang pada prinsip aku iaitu takkan bercouple sebelum kahwin. Cinta selepas nikah tu lagi sweet rasanya. Siyes, sebab aku dah rasanya dalam mimpi..... Hoho.. ;-)

Okey, aku rasa malu menulis entry ni. Harap-harap korang tak gelakkan aku.. K, bay...

Konon-konon pengantin lelaki tu aku. So, siapa nak jadi pengantin perempuan tu sila mesej aku k.. Huhu.. ;-)

45 comments:

  1. Kalau mimpi tu jelas tandanya ia benar-benar akan berlaku. Hahaha...

    Habislah. Tak sempat grad, anak dah berderat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.. tpi hrap2 dgn org lain la... nk ngn puteri raja gak.. haha.. nak ada anak apanya klo nikah gantung.. ;-)

      Delete
    2. mana la tau tetibe je terlajak, tak sempat brek... hahaha...

      Delete
  2. jauh nye kamu bermimipi.......ahahhahahah

    berangan pe b4 tdo 2??? ahhahahahahaha

    kelakar r kamu nie...... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya sblum tido tu berangan benda lain.. ni tiba2 mimpi benda lain plak.. hoho...

      Delete
  3. fuyooo...isteri kamu tu muda @ tua dari kamu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh anonymous.. awak soal sy mcm ni entah2 awak kenal sy tak? nak menyiasat le tu.. hoho.. anyway, mestilah dia lagi muda..

      Delete
  4. waa, mimpi kawen.
    ni mesti slalu berangn ni.
    kalo x slap, ni mcm entry kali kedua pasal kawen..
    erm, xlme laa tu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana de selalu berangan.. sekali-sekala tu adalah.. hehe.. ha'ah, rasanya mcm prnah buat entry psal kahwin nie.. amin.. mudah-mudahan x lama la tu...

      Delete
  5. buat istikharah ker??? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. calon pun takde, nak istikharah apa nyer.. mainan tidur je tu kot..

      Delete
  6. kalau mimpi orang yang sama banyak kali, betul lah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni baru first time.. dulu mimpi org lain.. hahah..

      Delete
  7. Hmm.2 kali dh entry sal kawen, prcptknlh bila dh da yg bknan.. curious jgk nk tau sape org tu..hehe.. smga pdpmdhkn amiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haishhh.. mainan tidur je tu.. biasalah usia2 nak menginjak dewasa nih.. huhu..

      Delete
  8. Mesti lawa budak tu...kuikui

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh nak detect tahap kelawaan dia.. haha..

      Delete
  9. eh ,, lebih kurang sama mimpi kita .. kami x saling mencintai . then parents paksa kahwin .. n kami berusaha untuk bercinta lepas nikah.. hahaha.. klakar btul ~

    ReplyDelete
  10. Berpeluh kalau terjaga dari tido bila mimpi kena kahwin.. tapi sy mimpi tgah siap2 nak kenduri, baik punya makeup, nak pakai veil, sekali tgk mimpi tu lompat chapter.. konon2 pengsan la dlm mimpi tu. Skali dh sedar lepas pengsan boleh pulak pegi tanya sapa suami sy.. bangun cepat2 terus konon g cari suami, salam konon.. haishhhh mimpi.. tapi mmg indah bila dh halal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dramatik giler mimpi.... buat drama confirm best nih.. hihi..

      Delete
  11. 2 tahun lepas saya mimpi bernikah dengan seseorang. Tahun ni saya jumpa dia. tapi dia suami orang! pastu dia ustaz saya T-T skrg saya dlm dilemma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 benda tu mainan tidor je.. mgkin awak prnah terfikir utk kahwin dgn org tu kot, so terbawak2 dlam mimpi.. wallahua'lam..

      Delete
    2. Skrg mcm mana. Kahwin x awak dgn dia. Please sy nk tau

      Delete
    3. Blum lagi.. sy still lagi bujang trang tang tang..

      Delete
    4. sorry dh terlajak 5 tahun ke hadapan.. huhu.. terjunpa entry ni sbb mimpi malam semalam.. x pernah2 hayat mimpi n srs jelas dan teratur n mostly saya nanges x nk khawin, n saya punya sedu xnk khawin dibawa ke luar mimpi😂🤣 sendiri tersedar bila dengar suara sndiri tgh sedu n bila bangun rasa mult tengah menyenget tahan sedu😂😂 nk tnya apa cite after 5 years? mimpi? reality?

      Delete
  12. sy pon penah gak mmpi kahwin ngan org yg smer...byk kali...anyway die org yg sy suka dr 8 thun yg dlu smpai skang...dr die bujang kahwin pastu single blik..means divorce lar...hehe...dlm mimpi tuh...sy kahwin ikt pilihan family...sy x penah ngaku yg sy suker die...cmno tuh??

    ReplyDelete
  13. Camne kalau mimpi kawen dgn org y kite suke sgt2.hehe.dari form2 smpai sekarang form5 still pendam perasaan nie sbb takot na bgtau.btw,lelaki tu kwn baik saye jugak..tp dah belainan skola:(

    ReplyDelete
  14. same goes to but xnmpk jls pn orgnya..huhu

    ReplyDelete
  15. same with me ..don't couple before married

    ReplyDelete
  16. Kenapa mimpi kita sama? Hahaha yang berbeza part kat U tu. Dalam mimpi aku takde pasal tu. Yang lain semua sama. Disebabkan mimpi tu laa aku datang komen kat sini. Hmm apakah petanda nye ye? Masih jadi tanda tanya ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 kita tak bermimpi gadis yg sama.. haha.. maybe mainan tido je tu sbb gadis dalam mimpi aku tu dah pun berkahwin.. waaaa..

      Delete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Mimpi malam td mengheret aku ke sini 😅 mlm tu tak berangan ape pun.. Tp mimpi kena kawin ngan stranger, dpt bercakap sekejap je pastu dia ada urusan kerja. Yg bagusnye dh terjaga n tidur balik mimpi benda yg sama balik.. Sambungan dia, mak suruh call 'suami' n balik umah 'suami'. Adehhhh... Mainan tido

    ReplyDelete
  19. Aah la pelik.. Mimpi camtu tapi xbrapa nk hepy. Sebab da kawin buat hal masing2.. Adoi apa mknanya

    ReplyDelete
  20. Mimpi kahwin sebelum Subuh. Kahwin dengan orang tak kenal. Bila tanya nama, nama dia Radzi. Mimpi tu vivid gila. Macam real ��

    ReplyDelete
  21. mimpi malam td mengheret aku ke sini, mlm td aku buat istikharah utk mak aku yg (pilihan untuk bakal bapak tiri aku) aku buat je hahan. dan malam tu jgk aku mimpi aku dh dikahwinkan dengan sorg perempuan yg aku kenal dan baru suka beberapa mggu lepas. huhu curiousss

    ReplyDelete
  22. First2 mimpi nak dikahwinkan dgn pilihan sendiri tapi xpenah jmpe..sekali jmpe, tak berkenan..pastu batalkan perkahwinan..padahal lagi seminggu nak kahwin hahahaha pastu tak lama lepastu kahwin dengan kawan seklla rendah..tak pasti pilihan keluarga ke sendiri..tapi pernah la suka dia dulu2..pastu kahwin la..haha takleh bla betul bercinta lepas nikah 😅😅 ohh dia seorang doktor

    ReplyDelete
  23. Saya baru terjaga dari mimpi yg sama... Beza xda part masuk U tu jer... Pelik lak rasa...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails