Others

Meh le follow...

Monday, December 23, 2013

Minta macam-macam dekat Tuhan

Credit to LANGIT ILAHI.COM.
Eh, sejak bila pulak aku pandai berkredit-kredit nih?
Tuhan tu tempat meminta. Mintaklah macam-macam dekat dia. Tak esok, tak lusa, tak tulat pasti dia akan kabulkan. Tak di dunia mungkin di syurga.

Kengkadang kita buruk sangka dengan Tuhan. Bila Tuhan tak makbulkan doa kita mulalah kita anggap Tuhan tu tak sayang dekat kita. Tapi sebenarnya mungkin Tuhan nak kita terus meminta dan merayu pada Dia sebab kalau kita dah dapat apa yang kita hajat tu, mungkin kita akan mula lupakan Dia.

Tuhan tu sebenarnya tahu apa yang terbaik untuk kita. Mungkin Dia tak makbulkan doa kita sebab Dia tahu benda tu tak baik untuk kita dan Dia nak anugerahkan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita minta.

Sebagai hamba, kita kena sentiasa bersangka baik dengan Tuhan. Teruslah meminta pada Dia. Lagi kita minta lagi Tuhan suka. Tak macam manusia. Hari-hari kalau minta benda yang sama silap hari bulan kena pelangkung la jawabnya.

Aku kata:
"Mintaklah untuk mendapat redha dari Dia."

2 comments:

  1. Manusia memang begitu, kerana kelebihan yang ada pada manusia terhad.

    Allah pula tidak seperti manusia, kerana Dia Maha Kaya, kekayaan-Nya tiada bertepi.

    ReplyDelete
  2. 안녕하세요~hi we are twinscraflife! We sell handmade products such as phone cover, ear plug, pouch, bag, bookmarks! All are very unique and are customizable^^ 감사합니다~ please visit us at http://twinscraftlife.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails