Others

Meh le follow...

Wednesday, January 4, 2012

Cikgu Bahasa Inggeris adalah sangat menakutkan...


Kau perasan tak? Cikgu Bahasa Inggeris (BI) nie ada satu stail dan peel yang agak lain dari yang lain. Ke aku sorang je yang perasan?
Apabila cakap tentang cikgu BI, biasanya apa yang terbayang di kepala hotak kita ialah mereka nie garang macam rimau, berstail, ada klasss, dan sangatlah cerewet. Heh heh..
Aku pun tak paham. Sejak dari sekolah rendah lagi, aku cukup ngeri dan takut dengan cikgu BI. Adakah sebab mereka nie makan orang? Atau adakah mereka nie alien dari planet Marikh? Oh, semestinya tidak! Mereka juga orang biasa-biasa..

Masa kat sekolah dulu, bila cikgu BI jejak je kaki dalam kelas, aku dah mula tak senang duduk. Rasa macam tengah terperangkap dalam kandang rimau. Hah hah..
Tapi tak de lah semua cikgu BI aku macam tu. Ada juga yang aku jumpa tu cool abis, penuh sifat keibuan, cun pulak tu. Huahua..
Aku nie tak berapa nak pandai speaking London. Maybe itu pasal la aku tak berapa nak ngam dengan cikgu BI. Bila nampak cikgu BI je aku lari, sebab aku takut bila dia cakap dengan aku, aku duk terkebil-kebil macam tertelan kapur sebab tak reti nak membalas apa yang dia cakap.
Dan sekarang aku dah jadi budak UiTM yang lecture nye cakap BI, buku dan bahan rujukan dalam BI, presentation dalam BI, dan jawab exam pun kena dalam BI. Pendek kata semuanyalah dalam BI. Dan kitorang pun kena ambik subjek BI selama 3 semestar untuk diploma & 2 semestar untuk degree.
Huhhh.. Memang stress la untuk aku yang tak berapa nak bagus dalam BI nie... Tapi sekarang semuanya dah okay.. Aku dah semakin serasi dan semakin jatuh cinta dengan cikgu BI.. Bukan setakat speaking London, speaking Amerika pun aku boleh.. hihi..
Dikesempatan ini, aku nak ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada cikgu2 BI sejak aku tadika hinggalah ke universiti yang telah mencurahkan ilmu mereka yang tidak terhingga pada aku. Tanpa kalian, aku tak pandai nak speaking London. Tanpa kalian, aku tak pandai nak buat essei panjang-panjang dalam BI time jawab exam.
Sepertimana pesanan Usop Wilca.. “Itulah pentingnya English education....!!!!”
I love cikgu/lecture Bahasa Inggeris!!!! Muahhhh!!!!

15 comments:

  1. hehe niceeee. betul , english sgt penting kan , lagi2 zaman sekarang ni.

    ReplyDelete
  2. suke entry ni :) kalau dapat cikgu macam farah agak2 murid2 nanti suke tak? hehe.. InsyaAllah... akan cube untuk menarik minat para pelajar supaya mereka suka dan seronok untuk belajar bahasa Inggeris. :)

    ReplyDelete
  3. Sejak bila takut dengan cikgu BI nih...?
    Bukan ke dulu ko bercinta dengan cikgu BI ko...?

    ReplyDelete
  4. Bakal Cikgu BI (insyaallah): hehe, wah...masih ada org takut dgn Cikgu BI yea? hehehehe

    ReplyDelete
  5. NiaLidia:
    English mmg pnting.. Tpi kita kna sama2 berusaha utk memartabatkan b. Melayu di mata dunia..

    Farah Musa:
    Farah ni cikgu English ke? Bagusla.. Jdi cikgu English yg cool & best.. Barulah murid2 syg & minat bljar English..

    Muhammad Syahmi:
    Sejak azali lgi.. Bercinta jauh skali lah.. huhu

    ishiko:
    Suka cikgu BI? hehe..

    Jasman:
    Kita serupa.... hahah

    Azham Vosovic:
    Wah, bkal cikgu ke.. Sorry Cikgu.. hehe.. bukan takut cuma segan jew..

    ReplyDelete
  6. Dah follow sini.Jemputlah tengok blog ini.Kalau okay, sudi sudi lah follow hehehe
    http://awieomar.blogspot.com/2011/02/sedang-diperkemaskini.html

    ReplyDelete
  7. salam

    haha terbaek..
    tapi saya dlu pon sama jg..
    takot jg haha

    ReplyDelete
  8. Awie Omar:
    Tq.. Ok.. akan kesana.. :-)

    IMANSHAH:
    Betol2.. haha

    Papa PUSS:
    W'salam.. Mmg menakutkan la.. haha

    Nizam Ijam:
    BI best.. cikgu dia je yg menyeramkan.. hehe

    ReplyDelete
  9. betul gak ek..ramai yg gerun bila teacher masuk kelas haha

    ReplyDelete
  10. saya tag kamoo
    http://adilahisharudin.blogspot.com/2012/01/segmen-mencari-bloglist-2012.html

    ReplyDelete
  11. hahaha..sngt kelakar..teringat masa sekolah2 dulu..time belajar B.I..teringat plak kt kwn saya..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails