Others

Meh le follow...

Sunday, October 10, 2010

"Kami bukan tak mahu jadi baik..."

Salam.. 

Ketika sedang asyik menyelongkar email-email yang diterima, aku tertarik dengan satu email yang merupakan perkongsian cerita tentang pengalaman sebenar seorang pengendali program kesedaran remaja. Suka untuk aku kongsikan isi email tersebut untuk tatapan dan renungan kita semua. Ceritanya bermula begini................................ 

Perkongsian menarik dari Pak Lang Mokri..

Masih aku teringat dalam satu program di Bandar Johor Bahru , seperti biasa aku menjadi pengendali program. Namun pada hari tersebut kami kekurangan fasilitator, jadi terpaksalah aku menjadi fasilitator bagi satu kumpulan pelajar.

Setelah berinteraksi selama 2 jam sebagai pengendali, rasanya cukup untuk aku selesa sebagai fasilitator kumpulan pelajar ini, sejumlah enam orang pelajar lelaki. Aku bersembang dengan memperkenalkan diri ku dengan lebih terperinci. Setelah mesra dan selesa, kami duduk dalam kumpulan dengan lebih rapat, lebih akrab… sehingga aku mampu mengajukan sembang bertanya tentang solat mereka, siapa yang merokok, siapa yang tuang kelas, apakah dosa paling besar yang pernah dilakukan. Lanjutan dari itu aku terus bersembang.

Pak Lang: Siapa dari kalangan kalian yang pernah berzina? 

Pelajar : Pernah; Pernah; Tidak; Pernah; Pernah; Tidak; …. (4 daripada 6 pernah berzina). (Dalam hati terasa sedih melihat wajah wajah ini, ada antara mereka wajahnya kelihatan begitu baik pekerti dan akhlaknya).

Pak Lang : Emak dan ayah tahu tak apa yang korang dah buat ni?

Pelajar : Tak, tak. Ayah saya dah tak ada Pak Lang, emak tak tahu.

Pak Lang : Apa perasaan korang sekarang bila korang kenangkan dosa dosa korang tu…? Ada apa-apa yg korang nak share apa perasaan korang sekarang?

Keenam enam ni bercerita seorang demi seorang dalam keadaan kami duduk semakin rapat… seorang demi seorang menyuarakan kekesalan mereka. Air mata mereka mula menitis dan menitis dengan nada yang semakin sebak. Aku tertarik dengan kata kata seorang pelajar. “Pak Lang, kami ni bukan tak mahu jadi orang baik. Kami ni nak juga jadi orang baik tapi tak de orang yang nak cakap dan nasihat kami macam pak Lang buat ni.” Dengan nada perli dan marah terus dia menyebut “Yang selalu bercakap dengan kami hanya si gondong kat sekolah tu saja” (Si gondong yang dimaksudkan adalah guru disiplin di sekolah mereka).


Kami duduk semakin rapat. Aku mengajak mereka saling memeluk bahu dalam bulatan, dengan memberi pesanan pesanan. Aku terus menadah tangan berdoa di tengah bulatan pelukan kami dalam kumpulan, satu demi satu aku sebut nama mereka bahawa “ ya Allah, hamba mu mengaku segala dosa dan ingin bertaubat, nak kembali kepada mu.” Dapat aku rasakan tangan yang ku tadah untuk berdoa disirami air mata anak anak muda ini… dapat aku rasa vest yang ku pakai semakin basah. Hati semakin sebak. 

Habis berdoa aku minta mereka peluk sesama mereka dan beri kata semangat antara mereka. Salah seorang yang ketiadaan ayah lantas memeluk aku … “Pak lang, pak lang jadi lah ayah saya, nasihat kan saya selalu”. Ya Allah ampunkan dosa ku seandainya aku tidak mampu memenuhi harapan anak muda ini.

Pengajaran

Mereka yang bergelumang dengan maksiat ni sebenarnya bukan tidak mahu kepada kebaikan. Mereka perlu didampingi, ditemui, dinasihati. Mereka pun nak kembali kepada fitrah jadi orang baik. Berdakwahlah dengan penuh kasih sayang. Keadaan masyarakat dan adakalanya di sekolah, keadaan itu tidak membantu malah boleh menjauhkan mereka dari kebaikan.

Jom! bantu dan santuni remaja2 kita..

MORAL OF THE STORY pada kali ini ialah....... Erm, semuanya telah dijelaskan oleh Pak Lang seperti yang di atas. Hehe.. Selamat berfikir.. Jumpa lagi di lain entri........

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. aimi:
    Eh, bukan sy la.. sy anak sulong.. so, Pak Long..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails