Others

Meh le follow...

Saturday, March 19, 2011

Nak pergi ke tak?????


 Masjid Asy-Syakirin UiTM Johor. Pandangan dari bilik En. Reza.

Setibanya di masjid dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menunaikan solat Jumaat, maka terdengarlah Pak Bilal membuat ‘announcement’ mengajak warga UiTM Johor beramai-ramai datang ke masjid pada waktu Maghrib sebabnya selepas Maghrib pada hari ini akan diadakan ceramah oleh seorang Pak Penceramah yang bertajuk ‘Remaja & kaitannya dengan Tsunami di Jepun’. En. Reza tak ingat, lebih kurang begini la bunyi tajuknya. Maka En. Reza pun memasanglah angan-angan kononnya mahu menghadirkan diri mendengar ceramah tersebut demi menambahkan ilmu dan mendapatkan pahala buat bekalan di akhirat kelak.

Hendak dijadikan cerita, ketika petang menjelma dimana ayam dan itik bermain badminton, teruna-teruna UiTM bermain bola bersama-sama lembu di padang, dan kambing-kambing bersiar-siar mencuci mata, En. Reza duduk termenung memikirkan samada hendak menghadirkan diri ke ceramah ini atau tidak. ‘Assignment’ banyak kononnye ditambah lagi dengan kepenatan menjalani kehidupan seharian membuatkan En. Reza terus berfikir. Pikir punye pikir masih tak dapat lagi mencari konklusinya. Maka En. Reza telah membuat keputusan yang paling sukar dalam hidup ini dengan menggerakkan kaki ke bilik air untuk mandi demi menyegarkan diri.

Tiba-tiba, setelah badan terasa segar selepas mandi walaupun tidak menggunakan sabun ’Shukubusuk”, tanpa berfikir panjang En. Reza pun melangkah dengan penuh yakin menuju Masjid Asy-Syakirin yang terletak kira-kira 500 meter dari bilik En. Reza. Tetapi, bila dah sampai, En. Reza masih ‘konpius’ samada nak terus balik atau tidak lepas menunaikan solat Maghrib ni. Selepas solat Maghrib, ditakdirkan En. Reza tak jadi nak balik bilik. Maka En. Reza pun mendengarlah ceramah di masjid yang disampaikan oleh seorang pensyarah di UTM Skudai dengan penuh khusyuk dan tawaduknya.

MasyaAllah, terima kasih Tuhan kerana telah mengizinkan En. Reza yang terlampau berkira-kira nak buat benda baik ni untuk hadir mendengar ceramah yang sangat bermanfaat. Pak Penceramah berceramah diselangi slideshow yang menayangkan gambar-gambar dan video yang sangat menarik dan menusuk kalbu. Fokus isi ceramah lebih kepada menyedarkan hadirin betapa kerdilnya manusia jika dibandingkan dengan Tuhan. Hebatnya manusia mencipta bangunan tinggi dan alatan yang moden, hebat lagi Allah yang menciptakan bumi, matahari, dan seluruh sistem cakerawala (betul ke eja nih?) Hebatnya akal manusia berfikir mencipta teknologi-teknologi moden, hebat lagi Tuhan yang telah menciptakan akal untuk manusia berfikir. Jadi, siapa lebih hebat? Itulah antara yang cuba digambarkan oleh penceramah.

Moral of the story pada hari ini, usahlah terlampau berkira-kira untuk melakukan kebaikan. Kita terlampau berkira-kira dan kadang-kadang berfikir terlalu lama untuk melakukan perkara yang baik. Tapi jika ingin melakukan perkara yang menyeronokkan seperti berjimba-jimba, makan KFC, mandi air terjun, dating dan sebagainya, maka tanpa berfikir panjang kita dengan suka hati dan penuh ‘confident’nya melakukan perkara-perkara tersebut.

Tujuan hidup adalah untuk beribadah kepada Allah, maka keseronokan apa yang kau kejarkan?! Ayuh, korbankan masa dan hidupmu untuk Tuhan! Carilah ruang-ruang ibadah dan kebaikan selagi kau masih bernyawa. Pesanan untuk En. Reza dan anda semua yang sering lupa. Harap lepas ni kau tak bosan baca entry yang panjang-panjang ni lagi. Sekian.

7 comments:

  1. En Reza, lepas ni jgn nak pk panjang2 kalau ada majlis ilmu. Pergi jer... Ada rahmat disebaliknya... Assignment buat la awal2, jgn tangguh lama2, tu yg terasa banyak...

    ReplyDelete
  2. betul tuhh kate muhammad syahmi . ssungguhnya menghadiri majlis ilmu itu adalah selangkah kita ke syurga . renung2kn dan selamat beramal . (:

    ReplyDelete
  3. Muhammad Syahmi:
    Haha.. betul2..

    azwa:
    Sama2 la kita beramal ye... :-)

    ReplyDelete
  4. betol2...tapi masa ceramah tu kejap sangat...tak puas..

    ReplyDelete
  5. huhu mmg slalu cmtuh jgak
    selalu teragak2 kalau nk buat baik tuh..
    xpe lepas nih bila nk buat baik kita mulakan dgn berniat dlu inshaAllah dpt pahala jgak ;D

    ReplyDelete
  6. saya budak baik..:):
    Nama pun kuliah maghrib.. mmg le kejap.. itupun dah terlebih masa smpai Pak Imam bgi warning.. haha.. ;-)

    Raji berkata:
    Betol2.. nak wat benda baik pikir smpai sejuta kali.. nak g enjoy laju jew.. huhu.. Sama2 la kita tingkatkan amal.. :-)

    ReplyDelete
  7. hehe...syiok penceramah tu bercakap smpai terlajak isyak...pastu tak dan2 nak solat sunat rawatib, iqamah trus!
    kadang2 saya rasa macm tu juga, tersepit di tengah...tapi bila kaki ini memilih majlis ilmu macam tu, biasanya tiada sesalan...Alhamdulillah....smoga bertambah iman dan ilmu kita seiring peningkatan usia...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails