Others

Meh le follow...

Saturday, March 12, 2011

Melatah budaya kita

Kali ni En. Reza mau cerita pasal tabiat latah-melatah ni. Kisahnya masa zaman sekolah rendah dulu rajin jugak la melatah-latah nie. Antara ayat famous bila En. Reza terkejut ialah...

“Opocot mak kau meletup!”

Adoyai, tak pasal-pasal omak kau kena letup dengan aku.

Apa punye melatah daa...

Tapi sekarang bila dah besau sikit, hilang dah ayat-ayat latah yang tak tentu arah ni. Sekarang ni bila melatah je duk sebut nama Allah. Hoi hoi.. Pernah pulak. En. Reza dah tak melatah pun. Tobat dah.

Biasanya melatah ni jadi budaya orang-orang Melayu je. Pernah kau tengok Jennifer Lopez melatah? Tak pun Brad Pitt atau David Becham melatah. Kalau pernah kau suruh dia jumpa aku sebab nak tabik spring sikit.
Buruk betul kalau lelaki melatah...

Kata orang penyakit melatah boleh berjangkit. Kalau kau nak rasa macam mane bestnye melatah, silakanlah kacau orang yang kuat latah. Dalam masa beberapa minggu kau akan terkena penyakit latah tersebut. Mau ka?

Binatang pun melatah gak ke?

Pokoknya, apa yang kita lafazkan adalah lahir dari hati kita. Apa yang kita ungkapkan saban hari menggambarkan keperibadian kita. Kadangkala kita ada mendengar orang melatah dengan mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya. Kita sendiri walaupun tidak melatah, tetapi seringkali bercakap dengan disulami perkataan-perkataan yang kurang sopan seperti babi, bodoh, sial dan sebagainya.

Justeru, dimanakah nilai dan harga diri kita jika setiap hari mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak elok didengar? Sekali-sekala terlajak kata boleh dimaafkan tetapi jika sudah menjadi mainan harian kepada lidah kita setiap hari, sememangnya kita perlu bermuhasabah diri. 

Ayok, tiba-tiba entry ini bertukar jadi serius pulak ye. Entahle belalang. Sekadar luahan dari En. Reza. Renung-renungkan...

13 comments:

  1. Kucing yg melatah kat atas tu En. Reza masa kecik2 dlu...

    hahaha...

    ReplyDelete
  2. bc kisah melatah ni, teringat kes perempuan mencarut.

    ReplyDelete
  3. aNdi.Hanin:
    Perempuan mencarut? Ganas nih.. Sama gak mcm kes perempuan isap rokok, nampak mcm pelik je.. Tpi bila lelaki isap rokok nmpak biasa2 je..

    ReplyDelete
  4. salam...

    selalu bila melatah2 org tu akan sebut hal yg bukan2 nape?

    * folo ur blog....*53

    ReplyDelete
  5. Muhammad Syahmi Sabidin:
    En Reza sentiasa comel hatta ketika tidor sekalipun.. hihi...

    Sekamar Rindu:
    W'salam. Thankz follow my blog. Biasanye org yg melatah akan sebut perkara yg sedang dia fikirkan waktu tu. Baik yg difikirkan, baiklah yg disebutnye. Buruk yg difikirkan buruklah yg disebutnye. So, kena la bersihkan hati...

    ReplyDelete
  6. penyakit melatah ini boleh diubati..dgn hanya melatih mulut,hati dan akal menyebut kebesaran Allah dgn berzikir..apabila hati dan akal bersatu,mulut akan mengeluarkan kata2 tanda kebesaran Allah..insyaAllah dgn cara ini juga kita dpt membersihkan hati dan akal kita..

    ReplyDelete
  7. ala reza razi.......aku melatah ckap ayam kambing je uhhhhhhhhh...


    korang r slalu wat aku melatah! hushh....seksaa uh.tp aku ni act, xmelatah sgt pon..bhahaha just terkejut terkejut je an an ;p

    peace!

    ReplyDelete
  8. aniza:
    insyaAllah,sama2 lah kita brsihkan hati & akal..

    King Of Single:
    haha.. agak2 nye klo ayam ngn kambing melatah ada sebut nama kamu tak? haha..

    ReplyDelete
  9. erm..entry ni mmg bgus..tahniah krn mengarang cerita dgn baik..boleh jadi penulis satu hari nanti..

    ReplyDelete
  10. miss aza aniza:
    Trim ksih.. Insyaallah.. Mudah-mudahan Allah kabulkan.. Dari kecil mmg dah minat bidang penulisan nie.. satu hari nanti teringin nak hasilkan sebuah novel..

    ReplyDelete
  11. bila dh buat novel bg thu kita..ti kita boleh bg comment..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails