Others

Meh le follow...

Thursday, May 17, 2012

Panas!!! Sistem pilihanraya yang baru!!! Semuanya kerana tuntutan BERSIH...


PILIHANRAYA!!! Atau dalam bahasa Mak Jemah di kampung, NGUNDI... Entah bilalah Parlimen nak bubar. Aku dah sawan nie nak pergi ngundi... Hari-hari duk main pangkah-pangkah kalender sebagai persediaan dan latihan untuk memangkah time pilihanraya nanti.

Malam tadi aku mimpi pelik pasal pilihanraya yang Dato’ Najib pun takkan mampu untuk bermimpi macam aku. Siyes aku rasa aku adalah insan yang terpilih kerana mampu untuk bermimpi perkara pelik itu.

Tarikh pilihanrayakah yang aku mimpi itu? Oh, tidak! Tidaklah aku membela jin mahupun saka yang boleh memberitahu aku akan tarikh pilihanraya yang sebenar.

Sebenarnya malam tadi bermimpilah aku akan pilihanraya yang dah tiba. Cuma yang peliknya kali ni pegawai SPR datang rumah macam pegawai banci tu. So, kita boleh terus ngundi dari rumah. Canggih bukan??? Huahua..

Pastu bila sampai turn aku nak ngundi, beliau pun cek la nama aku & terbukti nama aku ada dalam senarai mengundi. Tanpa banyak bertanya dan tanpa sempat aku bertanya, pegawai SPR tu terus je pangkah kat kertas undi tu tanpa sempat aku memangkahnya. Apa ke jadahnya semua ini?



Aku yang terpinga-pinga kala itu hanya mampu memandang beliau dengan seribu tanda tanya. Selepas memangkah kertas undi tersebut tanpa rasa bersalah, maka beliau pun membelahkan diri namun aku sempat berkata pada beliau,

“Eh, encik. Saya tak tengok lagi pun kertas undi tu. Kenapa encik dah pangkah dulu tak tanya saya? Encik nak kemana tu? Nanti datang sini balik tau!”

“Iye. Nanti saya datang balik. Saya nak pergi sekejap je nie.”

Aku pun merelakanlah pemergiannya dengan seribu persoalan yang bermain di minda. Lepas tu dia memang tak datang balik la. Giler tak puas hati aku. Adakah ini sistem baru pilihanraya? SPR mewujudkan sistem yang mesra pengundi dan begitu memudahkan rakyat. Pegawai SPR datang kerumah pastu siap tolong pangkah lagi parti mengikut sukahati mereka. Hehhh!!!

Aku yang kebingungan akibat diperkotak-katikkan pegawai SPR sedemikan rupa nie pun pastu pergilah membuat sedikit research dengan bertanyakan member-member yang lain termasuklah jiran sebelah menyebelah. Mereka pun kata benda yang serupa. Pegawai SPR yang datang tu selamba badak je tolong pangkahkan kertas undi mereka pastu belah cepat-cepat.



Adakah ini strategi ‘puak’ yang tu untuk memenangi pilihanraya pada kali ini. Ia nampak begitu bodoh sekali dan tak boleh diterima akal. Hatta Darwin pun takkan mengiktiraf teori ini. Confirm nanti mak cik AMBIGA akan mengamuk abis dan mengarahkan bala tenteranya berhimpun untuk BERSIH 4.0 bahkan mungkin BERSIH 5.0

Walaupun cara yang digunakan untuk menang agak tak bersih, tapi yang aku ingat 1 negeri dah tumbang waktu tu iaitu negeri Pahang. Tambah lagi dengan 5 negeri yg dah sedia tumbang masa PRU 2004 dulu. Hahaha. Giler suka aku. Padan muka! Menipu lagi. Kau ingat dengan kau tolong pangkahkan kertas undi tu, kau boleh menang! Kuasa Allah mengatasi segala-galanya la bebbbbb!!!!

Wehhh, ini mimpi je lah. Kau jangan nak ambik serius sangat lah. Aku pun pelik kenapakah mimpi yang sebegini indah boleh masuk dalam tidur aku. Kalau mimpi sape yang menang pilihanraya nanti best la jugak!!! Hahahaha.. K, bay, aku nak tidur dulu, mana tau kali nie dapat mimpi tarikh pilihanraya pulak! Boleh la beli tiket bas balik ngundi awal-awal.... Huahuahua....

14 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhh.. delete dh ke.. bru nk reply.. :-)

      Delete
  2. nak mimpi yang sama lah...cam menarik pulak mimpi mengundi nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. silalah.. sila2.. mimpi mcm saya..

      Delete
  3. ahahahhaha...... rosak2..... =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita kena tngok pd sudut yg positif, barulah tak rosak... haha

      Delete
  4. mimpikan mainan setan...hehe

    ReplyDelete
  5. Hahahaha.. Mimpi awak ni mmg best.. Kalau btol SPR buat bnda ni mmg nk kiamat la.. Tp mne taukan.. Mayb ni taktik bru.. Ish, tp tak mungkinla.. Depa bukan ade duit.. Takan bagi BR1M tu bolehla.. Tu pon pas bagi die rolling duit lain lak.. Duit sape? Duit kite?

    Bersih 4.0 anytime akn happen.. Evn ni bkn ngara egypt, tunisia, syria tp negara ni manusia yg tinggal.. Manusia semua sama aje.. Kalau dah menyampah, y not kite berdemo? Lg pun demo tu aman kan? 3.0 Duduk Bantah.. Bukan Meloncat Rempuh.. Dtg depa dok buat mcm2 kat demonstrans..

    Arghh! Tis makes me so political!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda sgt brsemangat.. Inilah dia contoh anak muda yg kita mahukan.. hoho.. Erm, sesuatu kebatilan tu mmg patut pun dibantah.. Skadar tunduk & patuh, maka selama-lamanya lah kita akan 'dijajah'..

      Delete
  6. amboi.. siap mimpi bagai..
    tak sbar sgt ni nk g ngundi..
    untung laaaa dpt mimpi. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la psal.. smnagat brkobar2 nk ngundi.. first time la katakan.. hehe

      Delete
  7. ngudi pun blum tau lagi bila...dah xsabar nak mengundi nampak...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu2 entah bila la nk bubar parlimen nie.. tak sabar benar rasanye.. hehe..

      Delete

Related Posts with Thumbnails