Kagum dengan penciptaan hujan. Subhanallah...
Wednesday, March 21, 2012
Thursday, March 15, 2012
Filem 7 Petala Cinta... Dakwah atau keuntungan semata-mata???
Sekarang ni kat panggung tengah menayangkan cerita 7 Petala Cinta yang merupakan sebuah filem cinta berbentuk Islamik yang diarahkan oleh Azahari Zain dan diterbitkan oleh Metrowealth...
Apa yang menarik dan mungkin menjadi tanda tanya ialah filem ni diterbitkan oleh David Teo yang kita ketahui bukanlah beragama Islam. Sesuatu di situ.. Seorang yang bukan beragama Islam menerbitkan filem yang berunsurkan Islam. Adakah ia hanya sekadar ingin mengaut keuntungan atas nama Islam semata-mata atau beliau sememangnya amat tertarik dengan keindahan Islam dan cuba untuk mengetengahkan keindahannya? Sama-samalah kita bersangka baik ye...
Berbeza dengan filem Ketika Cinta Bertasbih yang ditulis oleh Habiburrahman el-Shirazy yang kita ketahui adalah graduan lulusan Al-Azhar yang sememangnya merupakan orang yang benar-benar faham tentang Islam. Justeru terhasillah novel dan filem yang begitu memberi kesan dan menjadi fenomena suatu ketika dulu. Menonton filem tersebut mampu menginsafkan dan terasa seperti ingin menjadi seperti watak-watak di dalamnya. Syariat dan pergaulan antara lelaki dan perempuan di dalam filem ini pun begitu terjaga.
Filem ini hampir menyamai filem Syahadat Cinta dari Indonesia. Tak serupa tapi hampir-hampir sama. Mungkin persamaan tidak disengajakan. Apapun, pujaan harus diberikan di atas usaha penerbitan filem-filem Islamik seperti ini. Mungkin pada awalnya dapat dilihat kepincangan disana-sini terutama dari aspek syariat dan penutupan aurat yang tidak begitu sempurna oleh para pelakonnya.
Namun, ia boleh diperbaiki tetapi perlulah ada penglibatan orang yang benar-benar faham tentang Islam supaya ia tidak sekadar menjadi filem yang hanya menggunakan title 'Islam' untuk mengaut keuntungan semata-mata.
Namun, ia boleh diperbaiki tetapi perlulah ada penglibatan orang yang benar-benar faham tentang Islam supaya ia tidak sekadar menjadi filem yang hanya menggunakan title 'Islam' untuk mengaut keuntungan semata-mata.
Err, aku sebenarnya belum tengok lagi pun cerita ni.. Just tengok trailer dia aje.. Tapi aku rasa macam menarik. Sesiapa yang dah tengok tu boleh la komen.. Jom kita sokong filem-filem seperti ini daripada filem-filem yang mengarut dan tah apa-apa tu...
Saturday, March 10, 2012
Follower ke-1000
Rasa cam dah lama tak buat entri review mengreview blog nih... Makanya bersempena dengan follower aku yang dah mencecah 1000, aku nak review la blog-blog yang bertuah...
First, meh kita terjah follower ke-1000 blog aku nih iaitu Blog Miss Hidden. Pemilik blog nih suka share tips-tips yang best. Meh le terjah..

Kalau tengok kat atas tu mungkin kau akan nampak yang Miss Hidden ni bukanlah follower ke-1000 blog aku. Tapi yang sebenarnya beliaulah follower ke-1000 blog nih. Disebabkan ada seorang follower yang telah mengunfollow blog nih, maka terjadilah hal yang demikian. Huhu...
Follower yang ke-1001 pulak adalah Blog afiq yassin... Blog beliau ni sungguhlah smart.. Rasa tenang je bila masuk blog beliau..

Alang-alang aku nak review gak blog yang ke-1002 iaitu Blog Zamani84.. Aku suka giler dekat banner yang ada gambar beliau tu. Ada stail la bro.. Unikkk... Blog nih ada banyak entri yang best-best. Siyes..
Orait.. untuk the next blog review, tunggulah bila sampai follower yang ke-2000 nanti.. Huahaha..
Tuesday, March 6, 2012
Permainan pasang-pasang yang best
Pernah main benda ni tak? Kenangan beb... Masa kekecik dulu aku rajin sangat beli keropok apa entah yang dalamnya ada benda atas nih.. Beli keropok tu banyak-banyak semata-mata nak dapatkan permainan kat dalam tu...
Best woo.. Kau kena leraikan badan dia pastu kau pasang la sendiri... Aku simpan benda alah ni sampai sekarang.. Sayang nak buang. Nanti aku nak tunjuk kat cucu cicit aku... Dengan penuh bangganya aku akan cakap...
"Dulu atuk main benda ni lah.. Kau ada???" Huahua...
Sebenarnya banyak lagi koleksi yang aku ada.. Tapi disebabkan aku dah duduk asrama time sekolah menengah, maka barang-barang aku termasuk benda nie pun 'dikuasailah' oleh adik-adik aku.. Itu yang banyak hilang entah ke mana..
Aku hangin je bila aku balik asrama mesti ada barang-barang aku yang hilang atau jahanam.. Adik-adik aku punya kerja lerrr tu. Dasar kedengki betol.. Tak bulih tengok abang diorang nih bahagia sikit... huhu..
Aku hangin je bila aku balik asrama mesti ada barang-barang aku yang hilang atau jahanam.. Adik-adik aku punya kerja lerrr tu. Dasar kedengki betol.. Tak bulih tengok abang diorang nih bahagia sikit... huhu..
Kenangan-kenangan......
Saturday, March 3, 2012
Pentas drama dunia
Hidup tak sama macam novel mahupun drama atau filem...
Kerana liku-liku hidup yang sebenar itu lebih hebat dan dahsyat lagi...
Kita boleh mengetahui pengakhiran sebuah cerita dimana ia mungkin sahaja sedih atau gembira...
Namun pengakhiran sebuah kehidupan yang sebenar langsung tidak mampu kita duga...
Kita seronok mendengar, membaca dan menonton seribu satu cerita...
Tetapi cerita hidup kita, adakalanya kita langsung tidak mengendahkannya...
Mungkinkah cerita hidup kita akan berakhir dengan bahagia atau hanya lara yang bertandang?
Itu hanyalah pengakhiran sebuah kehidupan...
Bagaimana pula sambungan episod kisah kita di alam sana?
Mungkinkah sambungannya adalah kisah gembira atau sebuah episod sengsara...
Kita pelakon dan kitalah pengarah di pentas drama dunia ini...
Justeru, ayuh kita warnainya dengan episod-episod pengabdian dan rasa cinta pada Yang Maha Esa...
Moga pengakhirannya indah & kekal bahagia....
Subscribe to:
Posts (Atom)






