Dimana harga sebuah kejujuran pada masa kini? Integriti tidak lagi diamalkan dalam kehidupan. Natijahnya, kehidupan manusia semakin pincang yang akhirnya akan terus bernanah menjadi penyakit dalam masyarakat.
Cheewahh, ayat tak menahan. Bak kata kawan aku time sekolah dulu, “ayat nak best je.”
Ape itu kejujuran ya murid-murid? Kejujuran itu ialah honestly. Huahua..
Meh aku cerita sebuah kisah tentang kejujuran...
Al-kisahnya masa sekolah rendah dulu aku adalah seorang murid yang sangat pandai. Nombor 1 dalam exam dah jadi mainan aku. Serius weh, aku tak tipu. Ini betul-betul. Bukan cobaan.
Disebabkan aku sibuk nak kejar nombor 1 dalam kelas, makanya aku telah mengabaikan erti sebuah kejujuran.
Masa periksa akhir tahun sekolah agama masa darjah 4, aku dah confident abis aku akan dapat nombor 1 dalam kelas. Semua subjek aku dapat markah yang tinggi-tinggi. Tapi bila dapat balik kertas bahasa Arab, aku dapat markah yang sangat hancus. Padan muka aku. Makanya aku yang sepatutnya dapat nombor 1 terpaksa berpuas hati dan berbangga hanya setakat dapat nombor 5. Sila gelakkan aku ramai-ramai. Kah kah kah.
Kau tau kenapa??? Sebabnya ada satu subjek apa entah, aku bawak toyol. Aku pegi tandas pastu aku tengok nota. Akibatnya, Allah tak redha dengan aku. Makanya, Dia kantoikan bahasa Arab aku untuk bagi pengajaran kat aku.
“SILALAH JUJUR DALAM MENUNTUT ILMU.”
Dan kesannya, sejak peristiwa ngeri itu, aku dah semakin menghargai apa itu erti kejujuran. Aku dah sangat takut untuk meniru dalam exam. Bukan sebab takut kantoi. Tapi aku takut akan kemurkaan Allah, Tuhan pemilik ilmu tersebut dan aku juga takut jika guru aku tu tak redha dengan ilmu yang dia bagi disebabkan aku meniru.
Aku dah tak pernah lagi bawak toyol nota dalam exam atau curi-curi tengok nota. Cuma kadang-kadang mata aku nie gatal sangat nak melilau kiri dan kanan dengan harapan aku akan tertengok jawapan kawan-kawan aku secara tak sengaja kononnya. Hah hah.
Maka, janganlah jadi macam aku masa kecik2 dulu. Contohilah aku yang sekarang. Heh heh..
Jadilah seorang pelajar yang jujur dalam menuntut ilmu. Kerana keberkatan dalam menuntut ilmu itu adalah lebih penting dari result yang cemerlang. Sekian.
Ini gambar lepas abis paper akhir final exam aku kat UiTM Segamat, Johor untuk semestar yang terakhir. Sila ambil perhatian yang depan & belakang aku tu bukan aweks aku ye. Haha..