Assalamualaikum. Yuhhuuu.. sempena hari baik bulan baik nie, aku mau review beberapa blog bertuah. Yang pertamanya MEMPERSEMBAHKAN follower ke-500 blog yang ensem nie.
* D * H * I * A * Q * I * U * D *
Jom terjah blog beliau ramai-ramai. Untuk Dhiaqiud, terimalah award yang tak seberapa kat bawah nie.
Dan yang seterusnya nak review antara blog-blog yang best mengikut tafsiran aku dan boleh aku kategorikan sebagai blog wajib terjah untuk tahun ini.
Blog-blog yang akan aku review nie kebanyakannya tak de lah mempunyai follower yang ramai, namun entri dan penulisan mereka sangat mantap. Gua sanggup potong jari kalau tak betul. Hohehohehohe.
Blog-blog nie jugak adalah blog-blog orang yang aku kenal dan pernah hadir dalam hidup aku. Kebanyakan mereka juga adalah supporter dan follower terawal aku masa aku mula-mula nak menjejakkan kaki ke dunia blog nie.
Ok, blog yang pertama adalah blog CORETAN TINTA BERDAKWAT yang ditulis oleh senior aku masa kat sekolah menengah dulu. Syahmi nama dia. Dia banyak memberikan pandangan dan mengupas isu-isu semasa yang berlaku samada dalam negara atau luar negara. Dia juga ada menyelitkan kisah-kisah hidupnya dengan cara penulisan yang sangat tersusun dan menarik.
Blog yang kedua ialah blog CHAKPONG! yang ditulis oleh seorang kenalan yang merupakan senior aku masa kat universiti. Aku panggil dia Kak Hanin. Blog dia memang menarik tertarik kau memang debommm. Sempoi abis dan kelakau. Banyak menceritakan kisah-kisah hidup beliau, isu-isu semasa, sindiran, dan keagamaan. Entri-entri yang dia tulis sangat relex dan aku confirm korang takkan jemu. Godek-godek archive kat blog dia pun sure korang takkan menyesal.
Blog yang ketiga adalah blog seorang pensyarah kat universiti aku. Blog yang diberi nama KEHIDUPAN RINGKAS TAPI SIGNIFIKAN nie ditulis oleh Profesor Dr. Hj. Muhd Kamil b. Ibrahim. Beliau nie selalu keluar kat tv terutamanya Astro Oasis. Bagi aku, penulisan beliau ada roh. Sangat memberi kesan walaupun beliau hanya sekadar menceritakan kisah perjalanan hidup beliau sehari-harian. Membaca blog beliau ibarat membaca sebuah novel bersiri. Sangat tersentuh apabila membaca blog beliau kerana bagi aku beliau menulis pakai hati dan beliau banyak mengaitkan perjalanan hidup beliau dengan kebesaran Tuhan dan keindahan Islam.
Dan yang terakhir adalah blog DR. NUR HIDAYAH SYAFIQ iaitu blog kakak sedare (sepupu) aku yang aku rapat sejak kecil lagi. Tapi sekarang dah tak berapa nak rapat sebab dah jarang jumpa. Dia pun dah kahwin, dan aku pun dah bujang. Gila apa nak rapat-rapat dengan bini orang, Huhu. Blog dia secara keseluruhannya banyak cerita kisah-kisah hidup dia. Tapi sekarang dah jarang update, mungkin sibuk kot. Maklumlah dia nie cikgu. Busy la tu agaknye. Dan dia jugak adalah antara orang yang terawal atau yang pertama kot yang sudi review dan promote blog aku dalam blog dia. Kalau nak terjah blog dia, cuba bukak entri yang awal-awal. Memang best.
Ok kengkawan. Jom terjah blog-blog nie. Terjah dengan hati yang ikhlas ok. Barulah kau akan dapat merasai auranya. Haha. Tapi kalau tak best, jangan marah aku sebab lain orang lain cita rasenye. Yok! Kita terjah ramai-ramai. Ajak kawan-kawan dan sedara-mare sekali. Perrgghh, promosi kental nih... Baik kan aku. Hehe..
tahniah bro...buat entri yg best2 supaya follower pn mkin ramai^^
ReplyDeleteAlamak... segan la...
ReplyDeleteWahh besnye ade org wat entry khas.. Pewitttt..
ReplyDeletetahniah....
ReplyDeletekeep blogging...
nanti ada masa baru nak terjah..hehe
oh terharu kejab.tapi ranking lagi atas dari prof kamil. malu la aiii. fufufuf *sy ni pemalu orngnye*
ReplyDeleteeh anyway dik. THANK YOU SOOO MUCH. hakhak. ahernya ko review jugak belog akak.
wooo,
ReplyDeletebestlh ada orang nak review kan =)
Radsmil Nasir:
ReplyDeleteThankz.. akan cuba meng'best'kan entri dri semasa ke semasa..
Muhammad Syahmi:
Segan tpi dlam hati berbunga2 gembira.. kan.. hehe..
Liyana Zahim:
Pewwiitt.. haha..
ILA HonEyBuNNy:
Thankz.. terjah le.. penat review nih.. hihi..
aNdi.Hanin:
Alaa, tu bkan ranking sgt pun.. janji mesti dikota.. :-)
muhamad hanif:
haha.. untangla org yg kena review tu.. ;-)
hahaha bukan berbunge je, siap ada taman...
ReplyDeletemeriah betul blog ko ye rul...hehe.
ReplyDeleteMuhammad Syahmi:
ReplyDeleteTaman2 syurga.. :-)
penchacaiz:
Meriah x meriah sgt la.. haha.. ;-)
taman syurga...? oh tidak, tu lagi hebat :)
ReplyDeletetahniah bro..heheh..
ReplyDeletewah...dah 500...
ReplyDeletecepat giler....hehe
alamak..terlepas dah~~
ReplyDeletejom jenguk blog saya plak http://enazblog.blogspot.com/2011/08/cuti-raya.html