Others

Meh le follow...

Wednesday, November 3, 2010

Ujian Tuhan untuk hamba-Nya

Insiden yang tak diduga telah berlaku dalam hidupku. Paling memeningkan apabila ia berlaku dalam minggu-minggu ‘exam’. Kisahnya bermula begini…

Satu malam yang hening, bilik aku di kolej siswa (memang la takkan siswi kot… huhu) telah diserbu oleh pak guard kerana mendapat laporan rakan sebilikku ada menjual rokok kepada pelajar kolej. Mereka melakukan ‘spot-check’  untuk mencari bahan bukti. Alamatnya kad matrix aku dan semua yang berada didalam bilik itu pun diambil.

Aku mungkin akan dituduh bersubahat dengan budak bilik aku yang menjual rokok tersebut. Aduh, seorang pemimpin pelajar yang bergelar MPP telah dituduh bersubahat kerana membiarkan penjualan rokok di dalam biliknya sendiri. Berat bukan???!!! Itulah yang terpaksa aku hadapi.

Terasa diri ini begitu dayus dan tak layak menjadi pemimpin. Aku tidak mampu untuk menghalang dan sekadar membiarkan kegiatan itu berlangsung. Tapi apalah dayaku, rakan sebilikku itu hampir sebaya denganku. Apalah sangat yang boleh aku buat. Lagipun aku kesian dengan rakan sebilikku itu. Dia terpaksa menjual rokok untuk menanggung perbelanjaannya di UiTM memandangkan tidak mendapat sebarang pinjaman.

Cuma aku ada berpesan kalau apa-apa terjadi jangan libatkan nama aku. Masalahnya aku turut berada ditempat kejadian ketika serbuan dibuat. Memanglah, mestilah aku berada disitu, namanya pun bilik aku.

Kata orang, nasi sudah menjadi bubur. Aku hanya menunggu bila-bila masa sahaja untuk dipanggil atas kesalahan bersubahat. Pihak pengurusan UiTM Johor, ketua dan penolong ketua unit keselamatan semuanya mengenaliku. Mana nak letak muka ni kalau dipanggil nanti. Dengan kad matrix aku ditahan sedangkan lusa nya aku ada ‘exam’, cukup membuatkan kepala ini berserabut. Aku mengalami tekanan jiwa & perasaan yang dahsyat sepanjang karier aku sebagai mahasiswa@pemimpin pelajar.

Aku terpaksa menanggung sekali akibat dari kesalahan orang lain. Kalaupun aku bersalah, mungkinlah kerana tidak mencegah dia daripada terus melakukan kegiatan tersebut. Memang payah untuk mencegah sesuatu yang dianggap biasa dikalangan masyarakat. 

ROKOK!!!! Apalah sangat dengan rokok, bukannya jenayah berat yang boleh membawa hukuman mati. Bukannya seperti dadah, arak, zina dan seumpamanya yang jelas-jelas salah disisi undang-undang Islam dan dunia. Tapi, itulah pandangan sebahagian masyarakat pada hari ini. Apalah yang terdaya untuk aku lakukan. Mungkin jika kalian ditempat aku pun, kalian tidak mampu berbuat apa-apa lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan rakan sebaya ataupun mereka yang lebih tua.

Aku tiada semangat untuk belajar bagi menghadapi peperiksaan seterusnya. Tekanan perasaan ini benar-benar menggangguku. Aku malu jika kes ini sampai kepada pihak atasan. Akan hilanglah kepercayaan orang selama ini dan akan jatuhlah harga diri dan maruahku.

Tapi syukurlah, Allah telah membantuku. Malam esoknya, kad matrix aku telah dipulangkan. Kes ini belum lagi dibawa ke pihak atasan atas belas ihsan pak guard dan juga lakonan@alasan mantap rakan sebilikku. Terima kasih Tuhan. Kau telah membantu hamba-Mu yang lemah ini.

MORAL OF THE STORY untuk kisahku ini ialah… Jadilah pemimpin yang jujur pada amanah yang diberikan. Jika anda bersedia menerima sebarang jawatan, maka anda perlu bersedia untuk disoal akan kepimpinan anda diakhirat kelak. Jadikanlah kisahku ini sebagai pengajaran. Jangan biarkan sebarang maksiat, kesalahan , dan kemungkaran berlaku dihadapan anda. Cegahlah selagi terdaya. Pesanan untuk kita semua yang sering lupa.

4 comments:

  1. isk3. bukan dulu ade mPP yg sndri jual rokok ke? hehe

    ReplyDelete
  2. ramai je MPP buat perkara tak baik. cuma x kantoi je. belajar dr kesilapan =)

    ReplyDelete
  3. hang pi tulis pasal ni dlm blog hang wat pe... bek hang pi padam, tak pasal2 nnti pihak management bace, hang gak yg kene...

    p/s: Pakat2 jd pemimpin yang beramanah

    ReplyDelete
  4. anDi: Ade ke?? Mne tau nih?? Akak ada beli ka?? Haha.. X tau la plak..

    Kay J: Insyaallah.. Stiap org mlakukan kesilapan. Yg pnting ada ksedaran utk berubah..

    Ustaz Syahir: Jgn risau la. X de ape2 pun.. Smuanye dah setel. Alhamdulillah..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails