Others

Meh le follow...

Thursday, June 2, 2011

Aku kena rotan

En. Reza baring-baring melayan perasaan sambil memerhatikan sepasang cicak di syiling yang sedang asyik memadu asmara. Sambil mengusha si cicak dan aweknye itu, En. Reza me’loading’ kepala otak mengimbau kenangan zaman persekolahan dulu. 

Cettt!!! Tak tau malu...

*****************************

Dulu En. Reza sekolah asrama kat Sepang. Nama sekolah tu ialah Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi. Waktu kat sekolah dulu En. Reza jadi pengawas & exco asrama. Maka kesimpulannya, En. Reza ni dulu ialah seorang pelajar yang skema dan berdisiplin. Huhu. Poyo le pulak kan! Pendek kata, tak pernah la melanggar peraturan sekolah.

Tapi pada satu hari tu, En. Reza telah terlibat dalam kes jenayah disiplin yang tak disengajakan. Pada suatu pagi tu, seperti biasa, En. Reza bersiap-siap la nak ke sekolah. Disebabkan duduk asrama, maka bebudak asrama kena la turun sebelum pkul 7.00 or 7.15 pagi kalau tak silap sebabnya exco yang bertugas akan kunci pagar tangga. So, siapa yang lambat tak dapat la turun dari bangunan asrama tu.

Abis la korang kena kunci... Haha..

Seperti kebiasaanya, En. Reza yang berdisiplin ni tak pernah lewat la untuk turun. Dan hari tu pun En. Reza turun awal gak. Tapi, bila dah turun dari bangunan asrama tu, baru En. Reza terperasan yang En. Reza terlupa pakai tali pinggang. Waktu tu lagi beberapa minit je pagar tangga tu akan dikunci. En. Reza pun cepat-cepat la naik ke dorm En. Reza yang terletak kat tingkat 3 untuk ambik tali pinggang. En. Reza siap pesan lagi kat exco yang jaga grill tu supaya tunggu En. Reza turun dulu baru kunci pagar tu. 

Lepas ambik tali pinggang, En. Reza pun bergegas la turun tapi malangnya grill tu telah pun dikunci. Ciss, selama ni En. Reza yang mengunci orang, tapi pagi tu En. Reza pulak yang terkunci. En. Reza dengan beberapa budak lain pun terperangkap la tak dapat turun. Dan dengarnye pulak, cikgu pengawas@cikgu disiplin buat rush pagi tu nak denda budak-budak yang terkunci. Mati la.. En. Reza dah la pengawas. Malu nyer alahai.

Berani kau pakai tali pinggang macam ni?
 
Beberapa minit lepas tu, cikgu tu pun membuka pagar dan menyuruh kami yang lambat turun tu berbaris. Lalu... “prap..prap..prap.” (lebih kurang macam ni la bunyinya). Kami dibalun sorang-sorang kat peha. Adoii.. En. Reza menerangkan la sebab En. Reza lambat tapi dibuat bodoh je oleh cikgu tu.. 

Waaaa, hari tu memang ‘suwe’ betol la. Budak baik macam En. Reza ni pun kena denda jugak ke? Yang cikgu ni pun satu, hari lain tak nak pulak dia buat rush. Time En. Reza lambat pulak dia nak buat rush. Itupun lambat sebab tertinggal tali pinggang je kot.  

*****************************

Orang kata, “buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”. Orang kata lagi, “malang tak berbau”. Itulah kisahnye apa yang berlaku kat En. Reza. Kenangan yang tak boleh lupa. Adakalanya kita menjadi mangsa keadaan dan terperangkap dalam situasi yang kita tak ingini. Maka mereka pun hidup bahagia selama-lamanya.... Sekian sahaja cerita kita pada kali ini... Meh skodeng gambar-gambar kawasan sekolah & asrama En. Reza dulu...

Yang tengah2 tu asrama putera, hujung sekali asrama puteri, depan sekali bangunan sekolah..

 Bangunan asrama putera. (Snap atas loji air)..

Kawasan asrama putera

Inilah dorm En. Reza waktu Form 5 (tahun 2007). Kenapakah mukaku dipangkah sebegini? huhu...

 Hah, buat ape tu? 

Jangan tengok gambar ni lama-lama ye sebab nanti anda akan terjumpa sesuatu yang pelik.. hehe..

10 comments:

  1. en reza, naper en reza mengupload gambar en qamarul? ni kan gambar masa en reza baby lagi... en syahmi yang tangkap...

    en reza, nak tny sikit, en reza ada simpan lg tak gmbr masa thn 2005? kalau ada, nak mengopi teh...

    ReplyDelete
  2. haha. rajin yea en reza sidai baju

    ReplyDelete
  3. hye en.reza lame xlepak sini....hmmmm...

    hahaha...musti best kene rotan kn?

    seumo idop x pnh rasa kene rotan...

    nk try rasa la....hahaha

    ReplyDelete
  4. eee...en reza letak gambar porno...hahahha...sedapnye kene rotan..hhaha

    ReplyDelete
  5. MSBS:
    En. Syahmi mcm tau2 je En. Reza memerlukan gmbar ni utk dimasukkan dlam blog kan.. Mekacih la tangkap gmbar ni 6 tahun lpas.. Gmbar tahun 2005 ada lgi.. Mau ka?

    Si Gades:
    Bukan baju En. Reza pun tu.. hehe..

    An Najwa:
    Best tak best sgt la.. Nak kena rotan ke? Wat la nakal kat umah, pastu sruh mak atau abah rotan kamu.. haha

    saya budak baik..:):
    Ape salahnye sikit2.. Smua pun dah dewasa kan.. haha.. Sedap la jugak, rasa strawberi..

    ReplyDelete
  6. Mau... nnti bila en syahmi datang sabak, en syahmi mintak dari en reza ek... may be awal bulan 7 sbb ade Amal Islami kat sana...

    ReplyDelete
  7. perghhh..kene censored gmba belakang tuh..haha

    ReplyDelete
  8. MSBS:
    Ok.. Nti nk dtg roger2 la..

    syrupmasin:
    Memula tu nk censored, tpi bila pikir blik takut hilang plak nilai estetika gmbar tu.. hehe.. ;-)

    ReplyDelete
  9. salam en reza, mesti best kan kngan masa sekolah dulu..lg-lg skolah berasrama ni... sy tak sempat masuk asrama..sekolah sebelah rumah je...hehehe

    ReplyDelete
  10. Jasman:
    Sangat best... hehe.. Sekolah sy pun x de la jauh mane pun dgn rumah.. huhu..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails