Others

Meh le follow...

Sunday, October 2, 2011

Masjid yang unik. Satu-satunya di dunia...

Baru-baru nie aku pergi satu universiti nie sebab ada hal sikit. Sehari suntuk gak la lepak kat sana. Dalam pukul 2 lebih macam tu aku pergi la jalan-jalan kat kawasan kampus tu untuk cari surau@masjid@atau mana-mana tempat yang boleh sembahyang.

Agak-agak dalam 10 minit berjalan, aku terjumpa sebuah bangunan yang agak besar macam dewan. Aku pun masuklah dengan harapan akan menjumpai tempat sembahyang kat sana.

Memang aku jumpa tempat sembahyang dalam tu. Tapi aku konpius jap. Apsal tempat sembahyang tu macam pelik je.

Kiri kanan tempat sembahyang tu ada kedai-kedai makan & kiosk. Bahkan mesen ATM pun ada gak. Tempat sembahyang tu langsung takde dinding. Hanya ada penghalang yang tak berapa nak menghalang sangat pun. Lepas tu ada karpet besar macam kat masjid yang dibentang ditengah-tengah kawasan.

Aku terus takde nafsu nak sembahyang kat situ. Kau bayangkan bila kita sembahyang sorang-sorang ditempat awam ditengah laluan orang-ramai. Akhirnya aku sembahyang gak la kat situ setelah berfikir panjang hampir seminit.

 Ada orang lalu-lalang kat belakang tu..

 Nampak tak meja-meja makan kat hujung tu? (Click untuk tumbesaran yang sihat..)

Memang terbaik la. Satu-satunya di dunia.. ;-)

 Hujung belah kanan sekali tu mesen ATM, belah kiri pulak kedai serbaneka..
 
Sebenarnya kampus nie baru lagi dan still dalam pembinaan. Tapi yang aku pelik, bangunan lain boleh pulak bina cantik-cantik & besar gedabak. Masjid atau surau yang sangat penting pun tak mampu nak bina ke? Takkan arkitek terlupa kot? Ke tak cukup budget? 

Nasib baik la ada tempat sembahyang sementara nie. Cuba kita ambil contoh Rasulullah s.a.w yang mendirikan masjid terlebih dahulu sebaik tiba di Madinah ketika berhijrah.

Tapi bagus gak kan. Macam one stop centre. Semua ada dalam satu tempat. Jadi takde alasan la kalau pergi makan tapi tak solat jemaah sekali. 

Minta maap la ye kepada warga@pelajar kampus tersebut. Sekadar luahan apa yang aku rasa. Peaceeee.. 

Erm, kalau masjid besar gedabak tapi takde orang pun tak guna jugak!!!! kan...

11 comments:

  1. ok pe, kurang berjalan, alang2 nak turun makan takde excuse nak tinggalkan solat zohor/maghrib bjemaah kan? ehe

    ReplyDelete
  2. kat U mane nie?
    kalau lelaki ok lg..
    tp kalau perempuan agak seganlah kalau di tempat terbuka cenggitu..:)

    ReplyDelete
  3. ade kedai mkn eh...so gi solat dulu bru leh makan...:)

    ReplyDelete
  4. bagus la masjid macam ni, one stop centre...
    situ tempat ibadat, situ tmpt mualamat, serba serbi disitu, mcm fungsi masjid pada zaman Rasulullah, situlah tmpt ibadat, situ tempat pentadbiran, situ ttempat merangka strategi perang, situ mahkamah, serba serbi di masjid...
    ^_^

    ReplyDelete
  5. Tnda akhir zmn itu bila masjid itu dibina besar2 dan cntik kmudian dibiar tiada pghuni.. Sedih..

    ReplyDelete
  6. aNdi.Hanin:
    Betul2.. terutamanya org kedai makan & tukang2 masak.. x de excuse utk tak solat..

    chekgu kechik:
    U nye dirahsiakan.. tpi dekat entri yg sebelum nie ade clue.. cari lah.. hehe..

    Ungu Violet:
    Betul tu.. sape yg selamba badak je makan walaupun org tgh solat, mmg nak kena pancung le jawabnye.. huhu

    Muhammad Syahmi:
    Mmg bagus.. Baru la fungsi masjid tu betul2 nampak.. cuma ia perlu dibina lebih proper.. Biar nampak imej Islam yg indah.. Jgn la buat ala kadar aje..

    Liyana Zahim:
    Sgt sedih.. jadi kita yg bergelar muslim ni kena la sama2 meng'imarah'kannya...

    ReplyDelete
  7. ala... masjid Nabi yayg asal pun bertiangkan pohon tamar dan berlantaikan pasir, ok jer...
    yang penting diimarahkan...

    ReplyDelete
  8. Ni surau sementara UITM Punacak Alam.. sebelum siap fasa 2 di tempat saudara nanti.

    ReplyDelete
  9. cantiknya..tenang jiwa berada di dalamnya kan...tapi rasanya ianya sesuai untuk kaum adam je untuk kaum hawa macam tak sesuai pulak..terbuka sangat

    ReplyDelete
  10. elokla tu ada kemudahan begitu siap ada kedai makan, so kalau dengar laungan azan tapi masih lagi terhegeh2 kat kedai makan mmg paham2lah...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails