Others

Meh le follow...

Saturday, January 12, 2013

Mangsa ulat durjana

Sudah suratan nasibku yang malang. Beberapa hari lepas aku balik rumah, tak lama pun.. 2 hari je. Hari terakhir sebelum nak balik kampus, tiba-tiba aku tergerak hati nak jengok dokumen dan buku-buku kat rak kayu dalam bilik aku...

Dan tiba-tiba...................

Waaa, hampir-hampir sahaja aku tergolek kebengangan tatkala melihat buku-buku dan dokumen penting habis rosak dimakan ulat-ulat durjana. Cover baik punya ulat-ulat ni. Disebabkan buku-buku aku disusun sangat cantik dan teratur, maka dari depan tidak kelihatanlah tanda-tanda ia sedang dikerjakan oleh ulat-ulat durjana tersebut. Tapi bila aku tarik je satu buku, barulah terkantoi akan kedurjanaan yang sedang dilakukan oleh ulat-ulat itu. Rupa-rupanya makhluk tak bertamadun ini buat kerja belakang tabir. Bahagian dalam buku-buku dan dokumen habis rosak dimakan ulat-ulat ni. Berlobang sana-sini.

Adakah rak kayu aku ini berperisa strawberi???

Sakit jiwa aku tengok. Entah apa yang sedap sangat buku-buku aku tu pun aku tak tau. Paling aku stress, bila sijil-sijil termasuklah transkrip dan sijil diploma aku dulu turut jahanam dimakan ulat-ulat tersebut.

Yang kau dengki sangat dengan aku nih kenapa? Penat aku belajar selama 3 tahun, last2 kau boleh jahanamkan aku punya sijil diploma tu? Arrrgghh, aku rasa macam nak hantuk kepala dekat dinding laju-laju je...

Inilah akibatnya pasal aku dah lama tak balik kampung. Rupa-rupanya ulat-ulat tu dah lama buat kerja nih.. aku kira-kira ada dalam 2 bulan gak la aku tak usik buku-buku kat rak tu. Bas nak balik kampus pukul 11.00 pagi. Dengan sepantas kilat, aku pun membersihkan dan menyelamatkanlah apa yang boleh diselamatkan. Dan hari itu aku pulang ke kampus dengan hati yang lara hancur musnah ibarat kaca yang berderai. Sampai 7 keturunan aku akan berdendam dengan ulat-ulat durjana itu....
Ulat-ulat itu langsung tak berperikebinatangan... Dokumen-dokumen ini diperlakukan dengan kejam...

9 comments:

  1. aeyy, nk blaja diploma sbb sijil ke ilmu? wewuu weewuuu.. pegi mintak sijil baru kat uitm

    ReplyDelete
    Replies
    1. ilmu itu tuntutan, sijil itu keperluan.. dua2 nak kak.. huhu.. :-)

      Delete
  2. waaaaa, sadis gila keadaan :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sadis.. berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.. hehe

      Delete
  3. Ulat-ulat tu bersifat keperibinatangan lah.

    Sebab tu mereka makan. Mungkin memang almari dan kertas tu berperisa yang sedap mengikut selera mereka.

    Kalau ulat tu bersifat perikemanusiaan, tentu dia akan makan nasi. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. dah mmg dasar binatang.. nk wat cam mane kan..

      Delete
  4. hbs r.... cm ner nk mintak keje 2.... kihkih

    yang transkrip tu blh mintk lagi kot... kalau xslh lah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe.. rezeki ditangan Tuhan.. susah2 sgt gua kawin dgn puteri raja.. boleh kaya.. hehe..

      Delete
  5. aduh...sayangnya buku2 rosak. yang lagi sakit, sijil2 pun rosak sama.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails