Others

Meh le follow...

Wednesday, January 9, 2013

Sambungan cerita Malam Tahun Baru... Kami dituduh orang gila


Sambungan cerita Malam Tahun Baru... Lepas abis program, aku dan kengkawan berjalan kaki cari makan sebab perut dah lapar gila. Nampak satu kedai mamak, kitorang pun berhenti singgah. Tengah duduk-duduk sambil menanti order sampai, ternampak kelibat Jamal Abdillah dekat meja depan. Dan kali ini aku tidaklah sejakun seperti melihat Wan Zack Haikal. Mungkin kalau mak aku yang nampak, baru la teruja abis. Baru balik dari buat persembahan dekat ICT lah tu...

Abis makan, aku dan kengkawan pergi ke Masjid Negeri untuk bermalam sebab kalau nak balik hostel pun, memang dah tak boleh masuk sebab dah lewat. Sampai dekat masjid, cari port baik punya untuk tidor. Kebetulan nampak ramai gila orang tidor dekat satu ruang ni. Nampak macam ada program. Tak pun musafir-musafir yang datang ke program tahun baru dekat Dataran Shah Alam yang duk jauh dari Shah Alam yang tumpang tidor. So, kitorang pun ambik keputusan untuk tidor kat situ.

Dah lewat malam sangat, mata tak berapa boleh nak lelap, baring-baring macam tu je. Member aku kat sebelah ni boleh pulak dia bantai duk bersembang. Memang lagi susah la nak lelap. Dalam pukul 4.00 pagi lebih kurang, tiba-tiba ruang yang tak berapa nak gelap tu menjadi langsung tak gelap bila semua lampu dibukak. Dan tiba-tiba kedengaran suara,

"Bangun-bangun! Qiam!"

Lahhh.. Ada program rupanya. Adoiii, salah port pulak! Ingatkan boleh tidor dengan tenang, rupanya kena kejut bangun qiam. Nak tak nak, terpaksa gak la bangun. Erm, bukannya tak nak qiam sekali, tapi badan letih giler kot, pastu tidor pun tak lagi, cam mane nak buat tahajud. Bukankah syarat tahajut kena tidor dulu??? Alasannnn.. Hoho

Maka, kami pun membelahkan diri mencari port tidor yang lain pulak. Pusing-pusing sekitar ruang masjid, tak jumpa port yang sesuai. Last-last kitorang decide tidor kat bawah menara masjid. Nampak macam tersorok dan aman dari gangguan.

Di bawah menara masjid inilah kami menumpang tidor...
Kami just baring-baring macam tu je sambil borak-borak dan memerhatikan kereta dan motor yang sekali-sekala lalu depan kami. Nak tidor pun, subuh dah nak dekat. Tiba-tiba ada satu kereta parking betul-betul depan menara ni. Ada beberapa orang perempuan keluar, sorang perempuan free hair ni tiba-tiba berjalan ke arah kami pastu berpatah balik. Dan tiba-tiba member aku kat sebelah cakap "bengong" dengan suara yang agak kuat.

"Kau kenapa tiba-tiba cakap bengong? Buat malu je kalau orang dengar!"

"Kau tak dengar ke apa yang perempuan tu cakap?"

"Dia cakap apa?"

"Ada ke dia kata kita orang gila."

"Dia kata kita gila?"

"Iya lah."

"Itu memang bengong. Kuang ajaq!"

"Erm, tapi ada betul gak. Aku pun rasa kita macam orang gila. Dah macam gelandangan pun ada."

Menara masjid tu terletak di luar kawasan masjid walaupun bersambung dengan kawasan masjid. Aku membayangkan posisi aku pada kedudukan perempuan tu, sekali imbas memang nampak macam orang gila. Hoho. Ditambah lagi dengan rambut kerinting dan serabai member aku yang sorang nih. Hahah..

Tak lama kemudian, tatkala menyedari Subuh dah nak dekat, kami pun bangun bersiap-siap untuk solat. Dan selesai solat, maka berpergianlah kami meninggalkan perkarangan masjid untuk balik ke hostel. Sekian...

Ada rupa orang gila tak? Huahua...
Kami bukan golongan gelandangan mahupun orang gila. Kami cuma nak tumpang tidor.. Tolonglah faham kami.. Huhu..

8 comments:

  1. Hahaha... jangan jadi orang gila...

    ReplyDelete
  2. macam seronok pula tumpang tdo kt masjid :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok.. tpi skrg ni dah bnyak masjid tak bagi org tumpang tidor..

      Delete
  3. serius korang xtido mlm tu? then, baring kat luar msjid? kesian nye korang. oh, sbb tu korg nk blik awal pg tu. serius sorry sgt atas kelewatan kami. huhu.. Alhamdulillah rezeki ktorg tido kt dlm walaupun ad yg kejut bangun qiam jgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tido2 ayam je mlm tu.. memula mmg dh tidor kt dalam, tpi time kena kejut bangun qiam tu, kitorg pindah tido kt luar plak..

      Delete
  4. gila tu xlaa kot.. gelandangan mungkin laaa..
    hehee

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails