Others

Meh le follow...

Friday, November 29, 2013

Blogger akan dapat alaun dari Kerajaan Malaysia

Assalamualaikum.. Kali ni aku nak story pasal diri sendiri. Harap kau orang sudi membaca kerana aku tidaklah mahu menjadi penulis syok sendiri. Gua tulis dalam blog, lepas tu gua baca sendiri. Makanya lebih baik gua tulis dalam dairi. Tapi gua mana ada dairi.

Aku ni sebenarnya dari zaman sekolah lagi memang suka menulis. Zaman sekolah dulu, kalau bab karangan ni memang akulah yang paling teror dalam sekolah. Kengkawan asyik buat muka tak puas hati je bila cikgu asyik-asyik puji karangan aku. Wahaha. Aku bukan nak berlagak. Tapi nak buat macam mana beb! Dah itu memang bakat semulajadi aku sejak azali lagi.

Sampai kadang-kadang aku jadi pelik dengan orang yang tak reti susun ayat. Apa susah sangat ke nak buat ayat ni? Lama kelamaan barulah aku mengerti yang tak semua benda yang kita power tu, orang lain pun power jugak. Macam Power Ranger la. Geng2 mereka je yang ada power. Rakyat jelata yang lain mana ada power. Minum Power Root adelah..

Dulu kengkawan selalu kaitkan aku dengan setiausaha. Ada ke dia kata muka aku muka setiausaha? Tak glamor langsung. Pastu asal ada kerja yang kena tulis2 je serah kat aku. Ptffff. Ingat kat dahi aku ni ada cop 'Tukang Tulis' ke?


Zaman sekolah dulu aku tak pernah terfikir nak ada blog sendiri. Blog pun aku tak tahu menatang apa waktu tu. Haha..
Aku sebenarnya tak berapa pasti setakat mana kelebihan aku ni boleh membantu dalam mengejar kerjaya impian aku. Habis sekolah aku sambung bidang Pengurusan Maklumat dekat U. Memang lari langsung dari bidang penulisan ni. Menulis esei dalam exam? Buat assignment? Tak membantu sangat pun sebab aku bukannya pandai nak main bahasa sangat dalam English. English ikut bahasa standard tu bolehlah. Kalau nak guna perkataan bombastik segala bagai tu memang taklah.

Dulu aku pernah terfikir nak jadi penulis. Sekarang pun still lagi terfikir nak jadi penulis. Bajet konon boleh la jadi editor majalah mana-mana ke. Keluar sebuah dua buah novel ke. Tapi sebenarnya aku ni tak adalah rajin sangat pun nak menulis. Tengoklah blog aku ni. Sebulan ada la dua tiga kali update. Camne tu? 

Kerajaan Malaysia, silalah bagi alaun kepada blogger-blogger dekat Malaysia ni. Barulah semangat sikit nak berblogging. Hehe.. Ingat senang ke nak tulis blog? Perah idea siang malam tau nak hasilkan satu entri ni. Sebenarnya tu je motif aku tulis benda ni. Aku cuma nak mencadangkan..

"KERAJAAN MALAYSIA SILALAH BAGI ALAUN KEPADA BLOGGER-BLOGGER DI MALAYSIA."

Okey bay, esok jangan lupa bawak usul aku ni ke parlimen tau! Huahua... Mau kena tembak aku nanti dengan Pak Menteri. Dasar blogger tak sedar diri. Katanyerrr..


Kalau ada alaun untuk blogger, cerahlah masa tua aku nanti. Goyang kaki je sambil update blog. Kemain lagi cita-cita. Hoho..
Aku kata:
"Bakat yang ada tu akan jadi sia-sia kalau tak digunakan untuk manfaat pada agama."

11 comments:

  1. LOL Ahahahaha kalau dapat elaun makin berlambak lah orang join jadi blogger ni. Saya pun suka menulis jugak, tapi sayang jarang dipuji cikgu kerana byk merapu tetiba ada hantu bagai lol. And skrg ni teringin nak jadi penulis , tapi entahlah boleh trcapai ke tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh.. bakat menulis tu boleh diasah.. sy pun bnyak belajar dripada cara pnulisan org lain.. penulis yg baik sbenarnya mmg kena pandai merapu.. haha..

      Delete
  2. Kalau macam tu, ramai la yang jadi blogger. Supermarket, Giant, Tesco dah takde orang nak kerja, penuh dengan pekerja warga asing je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahhh.. meh pakat2 smua jadi blogger.. gila x gila cadangan ni? huhu..

      Delete
    2. Lepas ni GST yang dicadangkan sebanyak 6 peratus terus meningkat kepada 600 peratus semata-mata nak menampung elaun untuk para blogger... kikiki...

      Delete
  3. Jom!!! Saya sokong usul saudara heheh :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails